• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Izreen Azminda Kesal Jadi Mangsa Akaun Palsu

oleh
22/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON kontroversi, Izreen Azminda sekali lagi meluahkan rasa kesal apabila dirinya menjadi menjadi mangsa pembulian siber oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Malah, pelakon berusia 33 tahun itu turut memberitahu pihak berkenaan berniat jahat cuba menutup periuk nasinya dengan mewujudkan akaun Instagram palsu menggunakan namanya.

Izreen berkata, dia amat terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu berkenaan yang memuat naik beberapa status mengelirukan menerusi akaun palsu menggunakan nama, @therealizreenazminda sejak 5 Mac lalu.

Tambah Izreen, paling mengecewakan apabila periuk nasinya turut cuba diganggu menerusi entri berkenaa dengan menyatakan bahawa dirinya bakal meninggalkan kerjaya seni kerana tidak mahu terus dihimpit kontroversi lagi.

“Ini penganiayaan besar terhadap saya. Ketika saya berdepan kecaman dan hentaman masyarakat, akaun IG palsu ini diwujudkan bagi mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai kenyataan yang bukan datang dari mulut saya.

“Saya tidak tahu angkara siapa, tetapi biar Allah SWT yang membalasnya. Selama ini, saya hanya memiliki satu akaun Instagram, tetapi sudah dinyah aktif sejak sebulan lalu,” katanya dipetik BH Online.

Ujar Izreen, dia sama sekali tidak pernah mengeluarkan kenyataan mahu meninggalkan kerjaya seni seperti mana yang didakwa menerusi entri berkenaan.

“Mana mungkin saya meninggalkan kerjaya seni kerana ini mata pencarian utama saya. Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran berlakon dan ketika ini, saya sibuk dengan penggambaran drama.

“Saya percaya, semua ini cubaan untuk menutup periuk nasi saya, tetapi tidak mengapa. Biarlah kerana Allah ada,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Izreen berkata dia akan mengaktifkan semula akuan Instagramnya apabila tiba masa yang sesuai. Namun buat masa ini, Izreen lebih selesa memilih untuk menutupnya dahulu.  – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: IZREENizreen azminda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Jual Tanah Ijok: Datuk Direman 7 Hari

Next Post

‘Saya Beri Perhatian Berat Kepentingan Sabah’ Kata Najib

Related Posts

Netizen ‘Fed Up’ Izreen Tidak Jaga Hati Bekas Madu

24/06/2018
0

NAMA, Izreen Azminda mula menjadi sebutan ramai selepas berita perkahwinannya dengan ahli muzik, Ude yang sudah beristeri dan mempunyai dua...

“Sambutan Masih Sama Cuma Tiada Lagi Suami Di Sisi”

24/05/2018
0

RAMADAN kali ini diselami dengan pengalaman cukup berbeza buat bekas isteri pertama kepada pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau...

Next Post

'Saya Beri Perhatian Berat Kepentingan Sabah' Kata Najib

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd