• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan Gergasi Jentera Pemuda, Puteri UMNO

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Satu himpunan gergasi peringkat nasional yang mengumpulkan jentera Pemuda dan Puteri UMNO akan diadakan Sabtu ini sebagai simbolik permulaan gerak kerja jentera parti menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata acara yang bakal berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh di Johor itu dijadual dilancarkan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya acara itu akan turut dihadiri kira-kira 10,000 anggota dan jentera daripada kedua-dua sayap UMNO itu.

“Ini merupakan pelancaran secara rasmi dan terakhir jentera kami sebelum Parlimen dibubarkan, jentera kami memang sudah mula bergerak awal lagi tetapi ini simbolik gerakan fasa terakhir,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di sini, hari ini.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata jentera pemuda UMNO di semua peringkat kini sudah bersiap sedia sepenuhnya dan hanya menunggu isyarat untuk bekerja dalam memenangi undi golongan muda.

Sementara itu, ditanya mengenai jumlah calon muda yang bakal bertanding pada PRU14, Khairy berkata beliau menyerahkan keputusan itu pada pimpinan tertinggi BN, namun berharap lebih ramai lagi calon muda diketengahkan kali ini.

Katanya senarai akhir calon yang sebahagian besarnya terdiri daripada muka baharu telah pun diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

“Kita juga bakal mengemukakan manifesto untuk orang muda yang akan dikeluarkan selepas manifesto utama BN,” katanya. – BERNAMA

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

47 Sekolah Ada Pelajar STPM Terima RM5,000

Next Post

Bekas Presiden Petrobras Brazil Dipenjara 11 Tahun

Related Posts

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Next Post

Bekas Presiden Petrobras Brazil Dipenjara 11 Tahun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd