• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gunung Kinabalu Akan Dibuka Semula Esok

oleh AK-47
11/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANAU-Laluan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu yang ditutup hari ini berikutan gempa bumi berukuran 5.2 skala Richter malam tadi, akan dibuka semula pagi esok.

Perkara itu diumumkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, berdasarkan keadaan laluan itu yang didapati selamat digunakan selepas pemeriksaan hari ini.

“Satu pasukan peninjau seramai 47 orang selesai membuat pemeriksaan bermula dari Pondok Timpohon (permulaan pendakian) hingga ke puncak Low (Kilometer 8.72).

“Berdasarkan tinjauan mereka didapati tiada kerosakan besar, hanya kerosakan kecil dan ia sudah dibaiki. Laluan pendakian gunung selamat untuk digunakan, manakala bangunan penginapan di Panalaban tidak terjejas.

“Dengan ini, setelah perbincangan teliti dan muafakat antara pihak yang terbabit dalam tinjauan itu, semua sebulat suara mengesyorkan kepada saya untuk mengisytiharkan laluan pendakian selamat digunakan dan dibuka semula kepada orang ramai mulai esok,” katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu, hari ini.

Pasukan tinjauan itu, katanya, terdiri daripada anggota Taman-Taman Sabah (TTS), malim gunung, Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR), porter dan kakitangan Sabah Sanctuary Lodge (SSL) serta Mountain Torq.

Beliau berkata, Pengarah TTS, Dr Jamili Nais bersama sembilan kakitangan TTS, MOSAR dan SSL akan bermalam di Panalaban sebagai langkah tambahan memastikan keadaan kembali selamat dan larangan sementara mendaki Gunung Kinabalu boleh ditarik balik semula esok.-MYNEWSHUB.CC

Tags: gempa bumiGunung KinabaluSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd