• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Bukan Faktor Harga Barang Naik – Hamzah

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU KURAU – Kenaikan harga barangan di pasaran serta perkhidmatan bukanlah disebabkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) semata-mata malah pelbagai faktor lain turut mempengaruhi sehingga menyumbang kepada masalah kos sara hidup.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan input bagi penetapan harga barangan bukan semata-mata mengambil kira soal cukai, malah ia turut dipengaruhi pertukaran mata wang asing, kos pengangkutan dan aspek pemasaran yang lain.

Jelasnya selain itu beberapa faktor seperti kadar tarif elektrik, air, cukai tanah termasuk cukai pintu yang tinggi dikutip oleh sesetengah kerajaan negeri turut mempengaruhi kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara ini.

“Contohnya apabila air tidak cukup, perniaga akan meletakkan masalah itu kepada pengguna dan ini menyebabkan harga barang naik. Ini perkara yang kena ambil tahu.

“GST dilaksanakan kerajaan bagi menentukan segala hasil yang kita kutip daripada peniaga secara sistematik dan efektif berbanding dengan kutipan 10 peratus semasa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang kurang efektif dan timbul banyak masalah dalam ekonomi,” katanya pada sidang media selepas program Jualan Sentuhan Rakyat ‘Jom Serbu’ di Arena Batu Kurau di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pelaksanaan GST sepatutnya dilaksanakan pada 1984, tetapi pentadbiran negara ketika itu tidak mempunyai kesungguhan politik untuk melaksanakannya. Dalam pada itu, Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut berkata sejak GST dilaksanakan di negara ini, lebih 500 produk telah dikecualikan daripada dikenakan GST.

Menurut beliau dengan adanya GST, segala kutipan kerajaan adalah disalurkan bagi membantu rakyat melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), rawatan di hospital dan Klinik Rakyat 1Malaysia serta subsidi minyak masak dan subsidi pendidikan bagi menentukan rakyat mendapat pendidikan sewajarnya.
“Kita negara yang paling rendah dalam kutipan GST jika nak bandingkan dengan negara-negara lain kerana apa yang kita kutip itu kita berikan secara adil bagi kepentingan dan keperluan rakyat dari segi kemudahan, infrustruktur dan komunikasi dari satu tempat ke satu tempat,” katanya.

Sementara itu Hamzah berkata program Jualan Sentuhan Rakyat akan dilaksanakan dua kali sebulan di setiap kawasan Parlimen di negara ini.

Menurut beliau Perdana Menteri telah bersetuju untuk membolehkan rakyat menikmati harga barang yang rendah dalam keadaan ekonomi sekarang bagi mengurangkan kos sara hidup.

“Buat masa ini tinjauan yang telah kita buat di seluruh negara mendapati penerimaan baik daripada rakyat dan dakwaan pembangkang dakwa barangan yang dijual tidak berkualiti adalah tidak benar sama sekali,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah ZainuddinGST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd