• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagal Cabar Kemasukan 949 Nama Tentera

oleh Ahmad Albab
21/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 48 pengundi berdaftar Parlimen Segamat di Johor hari ini gagal memperoleh kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar penggantungan kemasukan 949 nama anggota tentera dan pasangan mereka ke dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Ketiga 2017 kawasan itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said yang membenarkan bantahan awal dikemukakan Peguam Kanan Persekutuan Muzila Mohamed Arsad, yang mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Pendaftar Pemilih Johor, Shafie Taib dan Pegawai Pengadil Segamat, Miswan Yunus selaku responden terhadap permohonan kesemua pengundi itu.

Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri peguam Michelle Ng yang mewakili 48 pengundi berkenaan.

Michelle ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menolak permohonan anak guamnya selepas bersetuju dengan hujahan pihak Jabatan Peguam Negara bahawa nama pengundi yang telah telah digazetkan ke dalam senarai daftar pemilih tidak boleh dicabar di mahkamah dan perkara itu termaktub di bawah Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958.

“Tiada perintah untuk sebarang kos dan saya akan mendapatkan arahan daripada anak guam sama ada ingin merayu terhadap keputusan hari ini,” kata peguam itu.

Pada 6 Mac lepas, kesemua responden mengemukakan bantahan awal atas alasan semua nama pengundi yang telah dimasukkan ke dalam senarai pemilih tidak boleh dicabar dan termaktub di bawah Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958.

Kesemua pengundi yang diketuai Abdul Wahab Hassan selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman itu pada 26 Feb lepas, bagi memohon perintah untuk membatalkan kemasukan dan pengekalan 949 nama ke dalam RDPT bersama dengan sebarang tindakan yang timbul daripada mengesahkan keputusan tersebut oleh responden, ejen, pekerja atau pegawai mereka.

Dalam permohonan itu, mereka memohon suatu deklarasi bahawa kemasukan dan pengekalan nama ke dalam RDPT tidak berperlembagaan dan penggantungan pengesahan 949 nama ke dalam RDPT sehingga keputusan semakan kehakiman.

Kesemua plaintif mengemukakan permohonan itu atas alasan kemasukan dan pengekalan nama-nama ke dalam RDPT adalah tidak berperlembagaan kerana tidak memenuhi keperluan Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga mendakwa siasatan awam yang dijalankan berhubung kemasukan nama terbabit jelas melanggar keadilan asasi dan tidak betul mengikut prosedur Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan kemasukan atau pengekalan nama-nama Orang Dibantah dalam RDPT adalah tidak munasabah, tidak rasional dan tidak seimbang.

Kesemua pemohon memfailkan permohonan mereka semula selepas Mahkamah Rayuan pada 21 Jan lepas membenarkan permohonan SPR untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 Jan, yang memberi kebenaran kepada 48 pengundi itu untuk memulakan semakan kehakiman. – BERNAMA

Tags: Anggota TenteraSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Agaknya Selepas Ini Saya Patut Lantik Sarjan Jadi PAT”

“Agaknya Selepas Ini Saya Patut Lantik Sarjan Jadi PAT”

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ketegasan untuk membanteras rasuah secara menyeluruh, sambil menyatakan kekecewaan terhadap kes...

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

11/12/2025
0

Machang: Seorang anggota tentera maut manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd