• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FIFA Terbit Panduan Solat, Halal Piala Dunia Rusia

oleh
06/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Sekitar tiga bulan lagi menjelang Piala Dunia 2018 membuka tirai secara rasmi, peminat bola sepak dari seluruh dunia bakal membanjiri stadium di beberapa kota besar Rusia.

Bagaimanapun mengikut jadual yang ditetapkan pihak penganjur, perlawanan pembukaan secara kebetulan akan berlangsung pada 1 Syawal 1439 dengan membabitkan tuan rumah, Rusia sendiri menentang Arab Saudi.

Meskipun begitu, ia tidak menghalang kemeriahan itu terus dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, termasuk masyarakat Islam di ibu kota Moscow yang menjadi komuniti minoriti Muslim terbesar di benua Eropah.

Justeru Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) kini dilaporkan sedang mempertimbangkan kemungkinan besar untuk menerbitkan buku panduan khusus untuk peminat tegar beragama Islam yang berada di sekitar Rusia.

Antara maklumat penting yang bakal dimasukkan dalam buku panduan khas tersebut kelak adalah butiran mengenai lokasi ribuan buah masjid di seluruh Rusia, senarai restoran halal serta jadual waktu solat fardu.

Selepas Arab Saudi bertemu Rusia, dalam tempoh 24 jam berikutnya, kebetulan pula tiga lagi negara umat Islam akan bertarung dalam perlawanan kumpulan. Mesir bertemu Uruguay, manakala Maghribi pula dicabar Iran.

Malahan pada hari-hari berikutnya pula akan menyaksikan tiga buah negara Islam, Tunisia, Senegal dan Nigeria ‘turun padang’ untuk menentang lawan yang ditetapkan mengikut peringkat kumpulan masing-masing.

Menurut Setiausaha Agung FIFA, Fatma Samoura, badan induk bola sepak dunia serius untuk memastikan bahawa orang Islam yang mengikuti pesta paling berprestij empat tahun sekali itu boleh bersama meraih kemeriahan.

Bercakap kepada portal Arab News, beliau menjelaskan bahawa pada masa yang sama, FIFA tetap menghormati semua aspek agama lain tanpa peminat perlu mengorbankan hak amalan anutan kepercayaan masing-masing.

Ujar Fatma dari Senegal lagi, Piala Dunia edisi ke-21 pada tahun ini akan menampilkan tujuh pasukan didapati memiliki majoriti pemain beragama Islam daripada keseluruhan 32 buah negara yang layak bertanding.

Sementara itu, sebahagian besar peminat pula, kata Fatma, akan berada di Rusia sebelum termasya terbesar itu berlangsung. Ini bermakna mereka sedang berpuasa fardu dan beribadah solat tarawih sepanjang bulan Ramadan.

“Kami di FIFA mahu memastikan semua orang Islam – sama ada pemain, kakitangan atau penyokong pasukan – mendapat semua maklumat diperlukan. Misalnya di manakah kedai jual makanan halal yang boleh dibeli.

“Atau panduan waktu solat fardu serta kedudukan masjid yang paling dekat,” katanya. Untuk rekod, Rusia memiliki 50,000 buah masjid untuk menampung 30 juta Muslim dengan hanya empat terdapat di sekitar Moscow.

Dianggarkan lebih 100,000 pelawat beragama Islam terutama dari negara Muslim yang menyertai Piala Dunia akan datang ke Rusia semasa Piala Dunia berlangsung, menurut data unjuran Lembaga Kerohanian Muslim di sini.

Empat tahun lalu, Persekutuan Persatuan Muslim Brazil (Fambras) menerbitkan buku panduan setebal 28 halaman berjudul ‘Salam Brazil – Panduan Peminat Muslim’ sempena Piala Dunia 2014 yang diadakan di negara berkenaan.

Ditulis dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, buku itu memuatkan segala maklumat penting mengenai waktu solat serta masjid di semua 12 bandar raya yang menjadi tuan rumah Piala Dunia di negara Amerika Latin tersebut.

Menurut Fatma, inisiatif Fambras itu akan dicontohi pada tahun ini dan menegaskan “Saya memberi jaminan tiada diskriminasi atau apa saja terhadap penyokong Muslim di Rusia sempena penganjuran Piala Dunia ini.

“Bantuan yang diberikan seperti mereka berada di negara sendiri kerana pihak FIFA mahu semua orang dapat menikmati kemeriahan Piala Dunia dengan sepenuhnya,” kata beliau lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FIFAPiala DuniaRusia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perlis Mampu Tadbir Hal Ehwal Agama Islam Sendiri

Next Post

Lebih 734,000 E-Visa Dikeluar Hingga Semalam

Related Posts

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

30/07/2025
0

TOKYO: Satu gempa bumi terkuat yang pernah direkodkan telah melanda kawasan timur jauh Russia yang jarang didiami awal pagi tadi,...

Gempa Bumi Kuat Di Rusia, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia

Gempa Bumi Kuat Di Rusia, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia

30/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa bumi kuat yang melanda luar pantai timur Kamchatka, Rusia, menurut...

Next Post

Lebih 734,000 E-Visa Dikeluar Hingga Semalam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd