AKTRES, Fasha Sandha menjadi sasaran kritikan dan kecaman netizen gara-gara berpakaian yang mencolok mata ketika menghadiri majlis malam berinai pelakon, Elvina Mohamad.
Menerusi salah satu gambar yang dikongsi oleh Fasha, dia dilihat berpakaian seksi sehingga mendedahkan sebahagian ‘asetnya’ kepada umum.
Pakaian yang digayakan oleh Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan ketika menghadiri majlis tersebut dikatakan sendat dan menampakkan lurah antara kedua buah dadanya.
Tindakan Fasha memuat naik entri berkenaan bagaimanapun telah mengundang pelbagai reaksi dan respon daripada warga netizen di laman sosial.
Rata-rata antara mereka dilihat meluahkan rasa terkejut serta mempertikaikan imej pakaian pelakon itu dengan meninggalkan komen berbaur negatif kerana pemakaian tersebut dianggap tidak sesuai dan agak keterlaluan.
Sehingga kini, gambar berkenaan dilihat menerima lebih 50,000 tanda suka dan terus menjadi perhatian dalam kalangan netizen khususnya di Instagram. – MYNEWSHUB.CC/AM