• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Farid Kamil Bakal Didakwa Buat Laporan Palsu

oleh
09/03/2018
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGARAH, Datuk Farid Kamil dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok atas tuduhan membuat laporan polis palsu berhubung kononnya tiga rakan artis meletakkan dadah di dalam minumannya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, pemilik nama sebenar Farid Kamil Zahari akan didakwa mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

“Kes sudah dirujuk kepada Pengarah Perundangan Negeri Selangor dan diarahkan dituduh mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara tiga tahun dan denda mengikut Seksyen 193 kanun yang sama,” kata Farid dipetik NSTP, hari ini.

Pengarah, Datuk Farid Kamil.

Sebelum ini, Farid dalam satu sidang media yang berlangsung di The Loft Event Space, Setia Alam mendedahkan gambar dua lelaki yang didakwa individu sebenar memasukkan dadah jenis ganja ke dalam minuman.

Pada masa sama, Farid turut menafikan dua rakan artis yang tampil memberi keterangan berhubung kes tersebut adalah individu sebenar yang digambarkannya kepada polis.

Sekadar mengimbas semula, Farid didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu tugas penjawat awam di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu.

Farid namun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di Majistret Mahkamah, Nor Ariffin Hisham di kompleks mahkamah Petaling Jaya dan dibebaskan dengan jaminan RM12,000. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Datuk Farid KamilFarid Kamil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

16/09/2023
0

PETALING JAYA: Rujuk demi anak-anak. Itu keputusan diambil Farid Kamil, 42, dan bekas isteri, Diana Danielle, 32, yang bercerai talak...

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

10/08/2023
0

SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil, 42, dan isterinya, Diana Danielle, 32, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd