• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Galak Sertai Program Ladang Kontrak

oleh Ahmad Albab
21/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Datuk Ahmad Ishak menggalakkan lebih ramai petani di Sabah menyertai Program Ladang Kontrak untuk meningkatkan lagi pengeluaran sayur-sayuran dan buan-buahan di negeri ini.

Beliau berkata pelbagai tanaman yang berpotensi di Sabah yang boleh ditanam mereka bagi membekalkan lebih banyak sayuran-sayuran atau buah-buahan, selain mempertingkatkan pendapatan masing-masing.

“Kita menggalakkan lebih ramai peserta Ladang Kontrak di negeri ini kerana kita dapat memberi jaminan pasaran untuk mereka. Pelbagai jenis tanaman yang mempunyai banyak permintaan dan boleh dieksport ke tempat lain seperti Pisang Saba, halia, dan betik,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan sempena Program Jimat Belanja Dapur di Pasar Tani Asia City di sini, pagi ini.

Beliau berkata setakat ini sejumlah 5,000 petani menyertai program Ladang Kontrak, membabitkan 10,000 hektar tanah bagi menampung permintaan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam negara ini.

“Sebanyak 350,000 tan metrik sayur dan buah-buahan bernilai kira-kira RM700 juta berjaya dihasilkan oleh para peserta Ladang Kontrak berkenaan…lima peratus daripada 5,000 peserta Ladang Kontrak itu adalah di Sabah dan kita mahu jumlah penyertaan di Sabah bertambah,” katanya.

Ahmad berkata untuk menyertai program itu, peserta perlu berdaftar dengan agensi berkaitan dan mempunyai tanah sekurang-kurang dua hektar.

“Setelah berdaftar kita akan membantu melihat pada tanaman yang sesuai untuk ditanam di tanah berkenaan. Tanaman yang diusahakan perlu mengikut permintaan pasaran dan bukan mengikut kehendak peserta,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai tinjauan di Pasar Tani Asia City, beliau berkata tahap pematuhan para penjual di pasar tani berkenaan adalah baik.

“Apa yang saya selalu tekankan adalah para penjual perlu meletakkan tag terhadap produk yang dijual… dalam tag itu perlu mempunyai empat perkara iaitu, harga, gred, barang diperolehi dari mana dan jenis barang berkenaan.

Saya ada memberi nasihat kepada pejual untuk meletakkan tag itu ditempat yang betul agar tidak mengelirukan para pembeli…namun secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan tahap pematuhan di sini,” katanya.

Ahmad berkata, pasar tani menawarkan penjimatan harga antara lima hingga 20 peratus bagi 27 komoditi terpilih mengikut keperluan setempat.

“Ia membabitkan hasil pertanian dan produk makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, barangan runcit, ayam segar, ikan dan produk proses Agromas,” katanya. – BERNAMA

Tags: FAMASabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd