• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Facebook Tingkat Perlindungan Elak Salah Guna Data

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Gajet, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg mengumumkan beberapa langkah baru termasuk peningkatan perlindungan untuk menangani isu penyalahgunaan data.

“Dalam versi berikutnya, kami akan menukar log masuk dengan mengurangkan data yang aplikasi boleh pohon tanpa semakan dengan hanya memasukkan hanya nama, foto profil dan alamat emel.

“Meminta sebarang data lain memerlukan persetujuan kami. Kami akan memperluaskan program ‘bug bounty’ Facebook supaya orang boleh melaporkan kepada kami jika mereka mendapati penyalahgunaan data oleh pemaju aplikasi. ”

Dalam catatan Facebooknya, Zuckerberg berkata pemaju yang menyalahgunakan maklumat yang dapat mengenal pasti secara peribadi akan disekat daripada Facebook dan mereka akan memaklumkan mereka yang terlibat dengan aplikasi yang menyalahgunakan data mereka itu.

” Ini termasuk memaklumkan kepada mereka yang berkenaan jika data mereka mungkin telah diakses melalui ‘thisisyourdigitallife’. Jika kami mengeluarkan aplikasi untuk menyalahgunakan data, kami akan memberitahu semua orang yang menggunakannya.

”Facebook akan menyekat akses data pemaju untuk mencegah penyalahgunaan lain. Sebagai contoh, kami akan mengalih akses pemaju ke data anda jika anda tidak menggunakan aplikasi mereka dalam masa tiga bulan.

“Kami juga akan mengurangkan data yang anda berikan apabila anda log masuk kepada hanya nama, foto profil dan alamat emel anda,” kata Zuckerberg.

Pada 2014, Facebook mengumumkan bahawa ia telah mengubah keseluruhan platform untuk mengehadkan data aplikasi boleh mengakses untuk membendung penyalahgunaan. – BERNAMA

Tags: MARK ZUCKERBERG
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Khazanah Beli Prince Court Medical Centre Dari Petronas

Next Post

PRU-14: 1.8 Juta Pemilih Berdaftar Direkod Di Johor

Related Posts

Facebook Kini Dikenali Meta

29/10/2021
0

PLATFORM sosial media terbesar, Facebook kini dijenamakan semula kepada Meta. Pengasas platform berkenaan, Mark Zuckerberg mengumumkan perkara berkenaan dan semua...

Surat PM Pakistan Kepada Bos Facebook

26/10/2020
0

SEMALAM, Pejabat Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan telah mengutus surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg meminta media sosial...

Next Post

PRU-14: 1.8 Juta Pemilih Berdaftar Direkod Di Johor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd