• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Bandar Dipasung Penduduknya Sendiri

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI kebanyakan negara, satu-satunya cara untuk menghukum ahli politik kerana tidak melakukan kerja mereka dengan betul adalah dengan tidak mengundi mereka dalam pilihan raya akan datang.

Tetapi di Bolivia, mereka mempunyai pilihan lain yang dipanggil ‘keadilan sosial’.

Penduduk di San Buenaventura, sebuah bandar kecil di Bolivia Utara, baru-baru ini memanfaatkan hak perlembagaan mereka untuk keadilan sosial dengan meletakkan Datuk Bandar, Javier Delgado, dalam pasung selama satu jam.

Ia dilakukan bagi menunjukkan bahawa mereka tidak puas hati dengan khidmatnya.

Foto-foto memalukan Datuk Bandar sedang duduk di atas tanah dengan satu kaki diletakkan dalam lubang kerangka kayu sambil dikelilingi penduduk bandar yang marah dengan dirinya tular di media sosial selatan Amerika sejak lewat Februari.

Pada 25 Februari, Delgado sepatutnya merasmikan jambatan yang dibina dengan dana negeri dan perbandaran, tetapi apabila dia sampai ke tapak tersebut, dia terkejut mendapati orang ramai bukan menunggunya untuk majlis perasmian itu, tetapi untuk memberikannya satu pengajaran.

Tanpa menjelaskan kenapa dia dihukum, mereka hanya memegang Delgado dan meletakkannya di pasung.

“Mereka tak beri saya peluang untuk tahu mengapa saya dihukum, tetapi saya tidak menimbulkan bantahan sebab tahu risikonya akan meningkat,” kata Datuk Bandar kepada La Razon.

“Kemudian, mereka beri saya peluang beri penjelasan dan kemudian memohon maaf kepada saya, kerana mereka menganggapnya satu salah faham dan telah dimanipulasi oleh orang-orang ini.”

‘Orang-orang ini’ yang dimaksudkan Delgado adalah musuh politiknya dan usahawan tempatan yang cuba menjatuhkannya selama dua tahun berkhidmat kepada masyarakat.

Bagaimanapun, Daniel Salvador, yang berasal dari San Buenaventura, memberitahu Radio Fides bahawa Delgado dihukum kerana tidak memenuhi komitmennya kepada masyarakat setempat, berbohong kepada mereka dan tidak menjadikan mereka satu keutamaan.

Ini adalah kali ketiga Delgado berdepan keadilan sosial selama dua setengah tahun berkhidmat. – mStar Online

Tags: BoliviaDatuk Bandar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

02/07/2023
0

BANDAR RAYA MEXICO, Mexico – Seorang datuk bandar di Mexico berkahwin dengan seekor reptilia betina dalam satu upacara tradisional untuk...

Datuk Bandar Beragama Islam Dilarang Hadiri Majlis Aidilfitri Di White House

Datuk Bandar Beragama Islam Dilarang Hadiri Majlis Aidilfitri Di White House

02/05/2023
0

WASHINGTON: Seorang datuk bandar beragama Islam didakwa dihalang daripada menyertai sambutan Aidilfitri White House semalam yang turut dihadiri Presiden Joe...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd