KUALA LUMPUR – Gerakan anti-kerajaan BERSIH dan DAP mengucapkan terima kasih kepada syarikat penerbangan Cathay Pacific yang berpangkalan di Hong Kong.
Pemimpin DAP, Chew Chong Sin berkata, Cathay Pacific telah mengeluarkan Pemberitahuan Penepian Tiket Cathay Pacific bersempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)
“Caj `rebooking/re-routing’ diketepikan untuk semua tiket penerbangan Cathay Pacific/Cathay Dragon yang dikeluarkan di Malaysia (tanpa mengira jenis tambang) jika tarikh perjalanan jatuh pada tarikh pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Chong Sin yang merupakan koordinator gerakan anti-kerajaan Malaysia BERSIH di Hong Kong memaklumkan, terdapat lebih 1 juta rakyat Malaysia tinggal di luar negara ketika ini. – MYNEWSHUB.CC

