• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi Kereta Mewah: Geng Ateng Tumpas

oleh Ahmad Albab
16/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ‘Geng Ateng’ yang disyaki aktif mencuri kenderaan mewah sejak 2016 tumpas selepas kesemua sembilan anggotanya termasuk ketua mereka diberkas polis dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang pada 6 Mac lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kesemua mereka yang ditahan merupakan lelaki tempatan berusia antara 18 dan 38 tahun yang dipercayai aktif sekitar ibu kota, Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan.

“Kita juga berjaya merampas 10 kereta mewah bersama sebuah motosikal yang disyaki dilarikan anggota kumpulan terbabit bersama 11 keping cukai jalan dipercayai palsu.

“Turut dijumpai 15 paket lut sinar disyaki syabu, 24 biji pil Eramin5 dan satu tiub straw disyaki mengandungi heroin seberat 3.23 gram,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Mazlan berkata kumpulan terbabit menyasarkan kenderaan mewah yang tidak dimatikan enjin di kawasan stesen minyak sebelum melarikan kenderaan berkenaan.

“Selain itu, kumpulan ini juga membuat kunci klon kereta yang diperoleh daripada ahli kumpulan mereka yang bekerja sebagai penarik kereta dan peniaga kedai aksesori.

Ketua mereka yang digelar Ateng mempunyai 24 rekod lampau melibatkan samun dan dadah serta tidak mempunyai pekerjaan dan dipercayai menjadi pengedar dadah kecil-kecilan sekitar Cheras,” katanya.

Mazlan berkata pihaknya yakin berjaya menyelesaikan 11 kes curi kenderaan mewah dan kesemua mereka direman sehingga 20 Mac di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan. – BERNAMA

Tags: curi kereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

09/01/2026
0

Berhati-hati beli kereta secara sambung-bayar terutama melalui Facebook. Malam semalam #YYCC melondehkan scammer sambung-bayar kereta yang telah menipu lebih dari...

Polis Kejar Suspek Curi Kereta Myvi Sejauh 40 Kilometer

Polis Kejar Suspek Curi Kereta Myvi Sejauh 40 Kilometer

01/12/2024
0

BESUT: Polis mengejar kenderaan dipandu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd