• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ceroboh Rumah Salman Khan Menyamar Jadi Isteri

oleh
25/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HAMPIR tiga dekad ‘mencanai’ bakat dalam dunia seni lakonan, aktor veteran tersohor Bollywood, Salman Khan memang berjaya mencuri hati jutaan peminat tegarnya di seluruh dunia.

Bagaimanapun, ada antara peminat yang terlalu ta’asub dengan pelakon berusia 52 tahun tersebut sehingga sanggup pula menceroboh ruang privasi aktor dengan nama sebenarnya iaitu Abdul Rashid Salim Salman Khan itu.

Menurut laporan media di India yang memetik sumber keselamatan, baru-baru ini seorang peminat wanita fanatik Salman berjaya memecah masuk kediaman artis itu di Galaxy Apartment, Bandra, Mumbai, Maharashtra.

“Wanita berkenaan dikesan memasuki pangsapuri Salman itu dengan memberikan butiran peribadi di pondok pengawal. Dia juga berjaya berada di depan rumah Salman sehingga alat penggera kediaman itu berbunyi.

Baca: Salman Khan Dikawal Ketat Lepas Terima Ugutan Bunuh

“Ketika pihak berkuasa cuba menghalaunya dari premis itu, dia mengatakan Salman konon ialah suaminya. Mujur Salman tidak berada di rumah kerana terikat dengan penggambaran filem Race 3 di Abu Dhabi, UAE,” katanya.

Untuk rekod, Salman langsung tidak pernah berkahwin meskipun pernah digosipkan hangat bercinta dengan ramai selebriti Bollywood terkenal antaranya Aishwarya Rai, Katrina Kaif, Sangeeta Bijlani dan terbaharu pula, Somy Ali.

Salman pada masa sama, turut memiliki sebidang tanah seluas 150 ekar di Panvel, terletak 37 kilometer dari pusat bandar raya Mumbai yang mengandungi tiga buah banglo, sebuah kolam renang dan sebuah gimnasium kecergasan.

Mula berlakon pada 1988 lalu menerusi filem Biwi Ho To Aisi, anak sulung penulis skrip legenda, Salim Khan itu merupakan aktor kedua paling tinggi bayarannya di India selepas Shah Rukh Khan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bollywoodSALMAN KHAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salman Khan Dipatuk Ular Tiga Kali

27/12/2021
0

NEW DELHI: Bintang filem India yang terkenal dengan reputasi hidup dalam bahaya, Salman Khan, dipatuk ular dan terpaksa dirawat di...

Rosak Hubungan Dengan Allah, Zaira Wasim Umum Bersara

02/07/2019
0

BINTANG remaja Bollywood, Zaira Wasim mengambil keputusan meninggalkan dunia lakonan dengan alasan kerjayanya menganggu kehidupan sebagai umat Islam. Zaira, 18,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd