• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bumbung Terbang: Murid Menangis, Peluk Cikgu Takut

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Danau Kota 1 menangis ketakutan apabila melihat bumbung sekolah mereka tercabut semasa angin kencang dan hujan lebat hari ini.

Dalam kejadian 3 petang itu, beberapa kepingan bumbung bangunan sekolah itu diterbangkan angin ketika kira-kira 100 murid Tahun Satu hingga Tahun Tiga sedang belajar pada sesi persekolahan petang.

Murid Tahun Tiga, Qistina Batrisya Syazwan Izzat berkata ada rakan sekelasnya menangis kerana terkejut melihat bumbung yang besar itu jatuh.

“Saya tengok bumbung terbang… kemudiannya saya peluk cikgu dan duduk di belakang pintu kerana takut,” katanya kepada Bernama di sini.

Seorang bapa, Muhd Azizul Dahali, 31, berkata anaknya Mohd Azrul Syafiq,7, turut menangis dan trauma selepas melihat kejadian itu.

“Saya tahu kejadian dalam pukul 3, ketika itu guru-guru maklum melalui aplikasi WhatsApp dan meminta kami ambil anak masing-masing.

“Saya terus bergegas keluar pejabat untuk mengambil anak saya yang ketika itu sedang menangis mungkin dia masih teringat kejadian bumbung terbang itu,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, berkata ketika kejadian beliau melihat kepingan bumbung berterbangan sebelum jatuh menghempap kolam yang terletak di antara dua bangunan sekolah berkenaan.

“Ketika itu hujan lebat dan angin kencang, saya sendiri lihat bumbung itu tiba-tiba terangkat sebelum terbang dan jatuh.

“Nasib baik bumbung itu terus jatuh, kalau ia melayang masuk ke kelas memang akan ada pelajar yang cedera,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Rahman berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tinjauan Bernama mendapati guru-guru bertindak segera menempatkan murid di kawasan dewan bagi memastikan mereka selamat sebelum ibu-bapa datang mengambil anak masing-masing. – BERNAMA

Tags: Angin KencangBUMBUNG
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Imigresen Cekup 34 Bangladesh Dalam Operasi Di Selangor

Next Post

Kanak-Kanak Lemas Ketika Ikut Kakak Memancing

Related Posts

Angin Kencang 60 km/j Landa Terengganu Sehingga Isnin

26/02/2022
0

KUALA NERUS – Angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 60 kilometer sejam (km/j) dan hujan berterusan yang melanda seluruh Terengganu...

Ribut Petir, Angin Kencang Dijangka Hingga Awal Mac

22/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kejadian ribut petir dan angin kencang yang berlaku kini dijangka berlarutan sehingga awal Mac ini. Ketua Pengarah Jabatan...

Next Post

Kanak-Kanak Lemas Ketika Ikut Kakak Memancing

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd