• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bumbung Enam Rumah Diterbangkan Angin Kencang

oleh Ahmad Albab
17/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Bumbung enam buah rumah di Kampung Parit Simpang 5, Alor Pongsu, dekat sini diterbangkan angin dalam kejadian ribut semalam.

Ribut melanda pada 3.30 petang, Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Seorang suri rumah, Saayah Hamdan, 66, berkata beliau berada di dalam rumah seorang diri ketika berlaku hujan lebat dan angin kencang.

Katanya ketika itu beliau melihat bahagian bumbung rumahnya seperti bergegar.

“Mak cik takut lalu lari ke kawasan sawah di belakang rumah kerana bimbang bumbung rumah runtuh,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.

Mohd Nizam Saad, 38, pula berkata rumah ibunya rosak teruk apabila bahagian bumbung diterbangkan angin.

Beliau berkata semasa kejadian ibunya Hasinah Hassan, 78, tiada di rumah kerana berada di rumahnya di Changkat Lobak.

“Apabila saya dan emak pulang ke rumah mendapati bumbung rumah telah tercabut dan berlaku kerosakan lain yang dianggarkan bernilai RM10,000, ” katanya.

Sementara itu, Anggota Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali meninjau kerosakan yang berlaku dan melawat mangsa di tempat kejadian.

Katanya pihaknya akan memberi peruntukan wang untuk membaiki rumah mangsa yang terbabit supaya mereka dapat tingggal dengan selesa. – BERNAMA

Tags: Angin KencangBUMBUNGribut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd