• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buka Peluang Wanita Ceburi Pertanian – Shabery

oleh Ahmad Albab
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggerakkan pelbagai agensi di bawahnya untuk membuka lebih banyak peluang bagi wanita menceburi bidang pertanian, kata Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita, MOA melihat ia sebagai satu seruan yang murni dan mula merangka sumbangan untuk menyokong hasrat berkenaan.

Ahmad Shabery berkata sektor pertanian menyediakan pelbagai ruang untuk sesiapa sahaja meningkatkan taraf hidup dan pendapatan menerusi keusahawanan, termasuklah dalam bidang tanaman, ternakan, perikanan, mahupun industri asas tani, makanan serta kulinari.

“Sektor pertanian ini, yang dahulunya mungkin dikaitkan dengan kemiskinan dan tekanan ke atas wanita, kini pula mampu menjadi batu loncatan untuk melonjakkan kehidupan serta memberikan kebebasan ekonomi kepada golongan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini sempena Hari Wanita Antarabangsa 2018.

Menurut Ahmad Shabery, TEKUN Nasional mengumumkan bahawa separuh daripada RM500 juta dana tahun ini diperuntukkan kepada usahawan wanita untuk membantu mereka memulakan atau mengembangkan perniagaan.

Tahun lepas, TEKUN Nasional telah membiaya sejumlah 18,320 usahawan wanita, atau separuh daripada peruntukan dana RM380 juta.

Agrobank, satu lagi agensi pembiayaan di bawah MOA, pada tahun lepas pula telah memberi pembiayaan RM340 juta kepada 11,400 usahawan wanita, manakala 30 peratus atau 975 orang daripada 3,200 usahawan yang dibantu menerusi skim agropreneur muda MOA pada 2017 adalah wanita, katanya.

Ahmad Shabery berkata kementerian itu juga telah mengatur beberapa program besar pada tahun 2018, yang temanya menjurus ke arah pemerkasaan wanita.

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) pada penghujung tahun ini akan membawakan konsep ‘Segalanya Wanita’, yang mana ia bakal menjadi satu himpunan usahawan wanita dari serata negara serta menonjolkan peranan dan sumbangan wanita dalam industri penghasilan makanan negara, katanya.

Konsep Segalanya Wanita itu turut akan dibawa dalam siri jelajah “Road to MAHA” yang akan diadakan di tiga lokasi iaitu di Lundu, Sarawak (24-25 Mac), Teluk Intan, Perak (31 Mac-1 April) dan Kemaman, Terengganu (5-7 April), katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Ahmad ShaberyPertanian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertanian Di Kawasan Tanah Talian Elektrik TNB Dibenarkan

09/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Aktiviti penggunaan tanah termasuk pertanian khususnya tanaman kontan boleh diusahakan di kawasan yang terletak dalam koridor talian...

Jutawan Kongsi Kisah Hampir Gila Dikhianati

11/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Usahawan tani ini nyaris gila pada 2011 sebaik syarikat kontraktor yang diusahakan sejak berusia 18 tahun, hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd