• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Sakit Kulit Teruk Gara-Gara Mekap Murah

oleh AK-47
27/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT memakai alat solek murah, seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menanggung kesakitan radang kulit yang teruk di Georgetown, Illnois, Amerika Syarikat (AS).

Kylie Craven, telah membelikan anaknya, Lydia, 3, satu set alat solek kanak-kanak kerana menganggapnya selamat setelah melihat jaminan ‘bebas toksik dan tidak merbahaya’ pada kotak tersebut.

Tidak sampai sehari selepas memakai pemerah pipi, gincu dan glos bibir pada wajahnya, Lydia terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan kerana matanya tiba-tiba membengkak dan terkatup, serta tumbuh ruam-ruam merah di keseluruhan badannya.

Kulit di sekitar bibir Lydia Craven, 3, turut melecur teruk gara-gara alat solek murah yang dibeli ibunya.

“Dalam masa 24 jam anak kami berubah daripada 100% sihat kepada terpaksa terlantar di hospital serta tidak mampu untuk makan secara normal akibat kulit di sekitar bibirnya melepuh dan menggelupas teruk,” kata Kylie.

Mujurlah keadaan Lydia stabil dan keradangan kulitnya beransur-ansur pulih sepenuhnya. Malah, kanak-kanak itu juga dibenarkan untuk pulang ke rumah setelah beberapa hari duduk di dalam wad.

Lydia kembali ceria selepas hampir pulih sepenuhya.

“Kami bernasib baik kerana tiada apa-apa komplikasi yang lebih serius berlaku kepada Lydia.

“Sila pantau keselamatan alatan solek kanak-kanak yang dibelikan untuk anak anda, kerana apa yang berlaku kepada anak saya itu amat tidak dijangka sama sekali,” tambah ibunya lagi.

Alat mekap kanak-kanak yang mengakibatkan keradangan kulit Lydia.

Seminggu selepas insiden perit itu, Lydia kini semakin sihat walaupun masih mengalami keradangan kulit yang tidak serius.

Buat ibu-ibu, jangan ghairah sangat memberi anak-anak perempuan anda set alat solek, terutamanya set mekap tiruan atau yang terlalu murah kerana kualiti dan keselamatannya tidak terjamin! – MYNEWSHUB.CC

Tags: alat solekkanak-kanakmasalah kulit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gajah Pun Sudah Pandai Hisap ‘Rokok’

Next Post

Remaja Meninggal Lepas Lahir Anak Dalam Masjid

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

28/05/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia di belakang Sutera Mall, Jalan Sutera Danga, di sini pagi tadi. Menurut...

Reman Bapa Mangsa Dera Dilanjut 5 Hari

Reman Bapa Mangsa Dera Dilanjut 5 Hari

24/05/2025
0

BAYAN LEPAS: Tempoh reman terhadap bapa kepada kanak-kanak berusia 12 tahun yang disyaki didera, di sini, dilanjutkan sehingga 29 Mei...

Next Post

Remaja Meninggal Lepas Lahir Anak Dalam Masjid

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd