• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bos Fashion Valet Vivy Yusof Mengandung Anak Ketiga

oleh AK-47
27/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA yang tak kenal dengan ikon fesyen dan perniagaan terkenal, Vivy Yusof?

Sebagai pengasas dua jenama kukuh dalam industri fesyen dan e-perdagangan iaitu Duck Scarves dan Fashion Valet, perkembangan hidup Vivy sentiasa dinanti-nanti oleh peminatnya.

Hari ini, ibu kepada dua orang anak ini telah membuat satu pengumuman penting: beliau sedang mengandungkan anak ketiga!

Menerusi entri di dalam Instagram dan artikel tulisannya di portal akhbar berbahasa Inggeris, The New Straits Times hari ini, Vivy mengumumkan bahawa beliau kini sedang berbadan dua hasil perkahwinan selama 6 tahunnya bersama suami, Fadza Anuar.

Gambar tersebut telah menerima lebih 141,000 tanda suka setakat ini dan ribuan komen daripada pengikut Instagramnya.

Baby number 3 wants to say hello. ❤ #blessed #fadzaitsyoursfyi 😂 Read about my journey so far on my Plan V article in @nstonline today!

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on Mar 26, 2018 at 5:36pm PDT

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan berapa bulan kandungannya sekarang atau tarikh kelahiran anaknya itu nanti.

Kata Vivy, kehamilan kali ini sememangnya dirancang kerana beliau merasakan beliau mampu menggalas satu lagi tanggungjawab meskipun jadual kerjanya amat padat.

“Saya mengambil kira-kira 20 ujian kehamilan dan tidak ada satu pun yang positif, jadi saya menganggap kesemuanya rosak! Namun, pada percubaan seterusnya saya sangat gembira apabila keputusannya positif,” cerita Vivy.

Katanya, kehamilannya kali ini lebih mencabar daripada dua kali sebelumnya, sehinggakan pengalaman itu memberikan beliau satu pengajaran yang amat penting.

“Oleh kerana kehamilan saya dahulu agak mudah, saya sering memandang rendah terhadap staf yang hamil dan sering memberikan sijil cuti sakit kepada saya, sehinggakan saya sering mengadu tentang perkara ini kepada pihak pengurusan sumber manusia (HR),” kata Vivy.

Namun, Vivy berpesan supaya semua wanita mengandung menjadi kuat dan terus bekerja dengan bersungguh-sungguh meskipun sedang mengalami perubahan dalam kehamilan.

“Kehamilan tidak boleh menjejaskan keupayaan anda untuk melaksanakan tugas dan ia tidak sepatutnya memberi kesan kepada rakan sekerja.

“Setiap wanita berbeza dan kita semua melalui pelbagai jenis kehamilan. Ada yang mudah, ada yang sukar, ada yang perlu dimasukkan ke hospital! Kita mesti tahu badan kita sendiri dan berunding dengan doktor kita untuk mengetahui batasan kita, tetapi pada masa yang sama, kita mesti mempunyai minda yang kuat! Kita mesti mengambil inisiatif untuk memotivasi diri kita untuk menjadi kuat, bahagia dan bersyukur,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Vivy mendoakan agar semua ibu-ibu yangs edang mengandung agar urusan kehamilan mereka dipermudahkan dan sentiasa berfikiran positif.

“Kepada semua ibu mengandung yang lain di luar sana, semoga kehamilan anda mudah dan lancar! Sementara itu, tetap kuat dan sentiasa positif. Janganlah menjadi penyebab kenapa orang tidak suka mengambil wanita bekerja dan janganlah jadi penyebab kenapa orang kata wanita mengandung itu lemah,” kata Vivy penuh bersemangat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Vivy Yusof
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perlu Lebihi Pencapaian Di Glasgow – Khairy

Next Post

Lagi Kes Pelancong China Buang Air Di Tempat Awam

Related Posts

Isu FashionValet: Proses Rakam Percakapan Vivy, Suami Masih Berjalan – SPRM

Isu FashionValet: Proses Rakam Percakapan Vivy, Suami Masih Berjalan – SPRM

05/11/2024
0

PUTRAJAYA - Selepas tiga jam, proses rakaman percakapan pengasas platform e-dagang FashionValet, Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar...

Kes Saman Vivy: Netizen Diarah Fail Penyataan Pembelaan

07/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang netizen yang disaman Datin Vivy Yusof atas dakwaan memfitnah pengasas FashionValet...

Next Post

Lagi Kes Pelancong China Buang Air Di Tempat Awam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd