• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Yakin Boleh Ambil Kepong Pada PRU14

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angin perubahan yang mula melanda Parlimen Kepong yang menjadi kubu DAP sejak kira-kira 40 tahun lalu meyakinkan Barisan Nasional untuk merampas kawasan itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata angin perubahan itu turut disumbang oleh ketidaktentuan status Anggota Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw yang dikatakan tidak akan dicalonkan DAP di kawasan itu pada PRU-14.

Beliau berkata walaupun Kepong merupakan kubu parti DAP, pembangunan pesat yang disumbangkan BN di kawasan itu memberi impak besar termasuk menjaga kebajikan rakyat.

“Kalau tidak ada perjuangan BN di sini maka tidak akan ada pembangunan di Kepong.

“Saya percaya angin perubahan akan melanda Kepong yang memberi peluang untuk BN menang di Parlimen Kepong kali ini,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Jentera Wanita BN Parlimen Kepong, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi BN Kepong, Jimmy Tan Eng Huat.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO Kepong berkata berkata hasil perjuangan kepimpinan BN menjadikan Kepong sebuah kawasan metropolis di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur termasuk pembangunan perumahan yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Ketika ini, khabar angin kuat mengatakan Seng Giaw yang mula menjadi Anggota Parlimen Kepong sejak 1978, berkemungkinan tidak lagi dicalonkan pada PRU14. – BERNAMA

Tags: PRU14
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sokongan Serikandi Bantu Kukuhkan BN Terengganu

Next Post

Dakwaan PH Hanya Propaganda Politik – PAS

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

Next Post

Dakwaan PH Hanya Propaganda Politik - PAS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd