• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Bertemu Duta Asing Perjelas Isu Nasional

oleh Ahmad Albab
07/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wakil Barisan Nasional hari ini bertemu 18 duta dari negara-negara Kesatuan Eropah (EU) di Malaysia bagi memperjelas pelbagai isu nasional merangkumi politik, ekonomi dan sosial.

Pertemuan tertutup itu berlangsung di ibu negara dengan BN diwakili Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (UMNO), Datuk Seri SK Devamany (MIC), Datuk Liang Teck Meng (Gerakan) dan Datuk Khoo Soo Seang (MCA).

Barisan diplomat asing itu pula diketuai Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia Maria Castillo Fernandez.

Ketika ditemui Bernama, Irmohizam berkata antara isu yang diterangkan ialah situasi politik semasa Malaysia, pelaburan dan kelapa sawit.

“Kami terangkan tentang kepentingan sawit terutama untuk 650,000 pekebun kecil di Malaysia, serta Pensijilan MInyak Sawit Lestari Malaysia. Perkara berhubung Industri 4.0 saya juga bangkitkan supaya generasi muda Malaysia tahu tentang ruang dan peluang pekerjaan baharu di negara kita.

“Secara keseluruhannya para duta ini berpuas hati dan memberi keyakinan terhadap segala sistem yang ada di Malaysia. Mereka juga nyatakan pelaburan dari EU akan ditingkatkan,” katanya.

Isu sawit menjadi hangat baru-baru ini apabila Parlimen Eropah telah mengundi dengan memihak kepada draf undang-undang tenaga baharu yang mencadangkan larangan penggunaan minyak sawit dalam biofuel mulai 2021.

Malaysia yang merupakan antara negara pengeksport sawit utama dunia dilihat bakal terjejas dengan negara itu.

Ditanya sama ada isu berita palsu turut dibangkitkan dalam pertemuan itu, Irmohizam berkata duta-duta berkenaan memberikan respons yang sangat positif dengan inisiatif kerajaan yang ingin menggubal undang-undang bagi menangani isu berkenaan. – BERNAMA

Tags: Irmohizam Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Turun Padang Santuni Rakyat Kuala Selangor

03/05/2018
0

MESRA... Datuk Seri Najib Razak memulakan lawatan kerja di daerah Kuala Selangor hari ini dengan bersarapan bersama masyarakat setempat di...

3 Bandar Dipilih Sebagai Bandar Perikanan – LKIM

31/03/2018
0

SHAH ALAM - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah mengenal pasti tiga bandar pelabuhan yang sesuai untuk dijadikan bandar perikanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd