• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pemandu Treler Dijel Lima Tahun, Denda 10,000

oleh AK-47
07/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KUBU BHARU – Seorang bekas pemandu treler dihukum penjara lima tahun dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga meragut nyawa enam sekeluarga dalam nahas di Lebuhraya Utara-Selatan, tahun lepas.

Hakim Zulhelmy Hasan yang bertindak sebagai majistret menjatuhi hukuman itu terhadap Muhammad Syahrul Nizam Anuar, 28, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam keputusannya, beliau berkata mahkamah juga berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang kini bekerja di kilang dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun dan lesen memandu dicatat kesalahan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan tertuduh yang diwakili peguam L. Raj untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi dengan menaikkan jaminan daripada RM10,000 kepada RM50,000 dengan seorang penjamin.

Muhammad Syahrul Nizam yang kelihatan tenang dalam kandang tertuduh juga diperintahkan melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga kes selesai.

Ketika rayuan, peguamnya memohon mahkamah menjatuhi hukuman munasabah dengan alasan ia merupakan kesalahan pertama anak guamnya selain kejadian itu adalah satu kemalangan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Khairulazhwa Yusrie Mohamad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam.

“Ini kerana dalam kes kemalangan ini, mangsa yang terlibat adalah seramai enam orang. Faktor kepentingan awam perlu diutamakan agar orang lain tidak melakukan kesalahan sama,” katanya.

Lelaki itu didakwa memandu treler secara berbahaya tanpa mengendahkan suasana dalam keadaan iaitu bentuk-bentuk, kegunaan jalan dan juga kesibukan di atas jalan raya yang boleh dijangkakan sehingga menyebabkan kematian Lam Wai Loon, 46, isterinya Wong Check Lee, 53, serta dua anak lelaki mereka Lam Jie Yang, 19, dan Lam Jie Yong, 13, di tempat kejadian.

Turut maut ialah bapa dan adik lelaki Wai Loon, iaitu Lam Leong Choy, 76, dan Lam Wai Keat, 38.

Tertuduh yang merupakan bapa seorang anak perempuan berusia enam tahun didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 403.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, pada 7.46 pagi, 2 April 2017 mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.

Peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa, Azinuddin Karim ketika ditemui di perkarangan mahkamah berkata pihaknya akan memantau perkembangan kes itu dari semasa ke semasa.

Turut kelihatan di mahkamah isteri tertuduh dan ahli keluarganya manakala seorang ahli keluarga mangsa dilihat menangis selepas keputusan itu.

Ketika kejadian, enam sekeluarga itu dalam perjalanan ke Bidor, Perak, untuk melawat kubur ahli keluarga mereka apabila treler itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum menghempap kenderaan utiliti sukan (SUV) SsangYong yang dinaiki mangsa berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim.

Sebanyak tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 21 Ogos 2017. – BERNAMA

Tags: dipenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd