• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MLS: Beckham Intai Ancelotti, Rooney, Ronaldo

oleh Ahmad Albab
26/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAVID Beckham berhasrat untuk mendapatkan Carlo Ancelotti, Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo mencipta kejayaan bersama francais baharu Major League Soccer (MLS) miliknya.

Bekas kapten England itu menerima lampu hijau mengenai rancangannya untuk membawa pasukan baharu ke bandar Miami di Florida, Amerika Syarikat (AS) awal tahun ini.

Miami secara rasminya akan menjadi francais MLS ke-25 dan dijangka mula bermain pada 2020.

Memetik laporan Mirror, Beckham bercadang untuk meminta bekas pengurusnya, Ancelotti untuk membimbing pasukan barunya.

Beckham bermain di bawah Ancelotti dalam masa yang singkat di Paris Saint-Germain pada 2013 dan dipercayai mempunyai hubungan baik dengan pengurus kelahiran Itali itu.

Selain Ancelotti, calon pengurus lain termasuk Zinedine Zidane dari Real Madrid yang mana Beckham pernah bermain bersama di Bernabeu, dan bekas pengurus LA Galaxy dan skuad kebangsaan AS, Bruce Arena.

Beberapa nama besar telah dipilih untuk membawa kerjaya mereka ke Amerika Utara itu dan Beckham berharap dia dapat meyakinkan Rooney dan Ronaldo melakukan perkara yang sama di Miami.

Rooney sebelum ini memberitahu mengenai hasratnya untuk membawa kerjayanya di MLS tetapi baki kontrak bersama Everton adalah sehingga musim panas akan datang.

Sementara itu, Ronaldo masih berada di puncak permainannya dan telah menjaringkan 37 gol dalam 35 pertandingan musim ini.

Pemain Portugal itu dijangka kekal di Real Madrid sehingga 2021 dan masih dapat dilihat sekiranya Miami mempunyai keupayaan kewangan untuk menandapatkannya dari Los Blancos. – Mail Online UK/mStar Online

Tags: David BeckhamMajor League Soccer
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harper Seven Beckham ‘Kembar’ Anna Wintour

20/02/2019
0

ANAK bongsu pasangan David dan Victoria Beckham mencuri tumpuan ramai sewaktu mereka sekeluarga ke pertunjukan fesyen. Harper, 7, kelihatan comel...

TMJ Bersama Beckham, Ozil Saksikan Perlawanan Arsenal-Tottenham Hotspur

20/12/2018
0

PETALING JAYA - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkesempatan menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Emirates, London...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd