• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ditahan Di Australia Bawa 900 Porno Budak

oleh AK-47
26/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, Australia selepas didakwa membawa ratusan gambar dan video lucah kanak-kanak ke negara itu.

Lapor beberapa media antarabangsa, pemuda itu ditahan pada Khamis lalu, 22 Mac selepas Pasukan Sempadan Australia (ABF) membuat pemeriksaan ke atas barangan miliknya ketika sampai di lapangan terbang itu dari Kuala Lumpur.

Komander siasatan ABF, Mark Antill, berkata pihaknya menemui lebih 900 imej dan video yang menggambarkan bahan eksploitasi kanak-kanak di dalam komputer riba dan laptop lelaki berusia 27 tahun itu.

“Kita menemui lebih 900 gambar dan video berkaitan eksploitasi seks kanak-kanak yang tersimpan dalam komputer riba dan telefon bimbitnya. 

“Lelaki berkenaan didakwa mengikut undang-undang mengimport Tier 2, iaitu bahan eksploitasi kanak-kanak mengikut Seksyen 233BAB (5) Akta Kastam 1901,” katanya memetik kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Tambah Mark, jenayah pedofilia yang dilaporkan semakin meningkat di Australia menyebabkan kerajaan meningkatkan usaha bagi membendung aktiviti ‘penyeludup’ pornografi kanak-kanak itu.

“Kanak-kanak dibahayakan oleh mereka yang mengeluarkan bahan amat dibenci ini, dan mereka yang menggunakan bahan eksploitasi kanak-kanak mewujudkan pasaran yang menggalakkan perdagangan teruk ini.

“Melalui risikan dan teknik sasaran, pegawai terlatih kami secara aktif memberkas mereka yang membawa masuk bahan eksploitasi kanak-kanak ke Australia,” katanya lagi.

Difahamkan, suspek yang direman sehingga 29 Jun depan akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Melbourne dalam masa terdekat.

Jika disabit kesalahan kerana mengimport atau mengeksport bahan eksploitasi tersebut, tertuduh berdepan dengan hukuman penalti maksimum AUD180,000 (RM542,990) atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. – MYNEWSHUB.CC

Tags: berita luar negarapedofilia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Motif Mungkin Kerana Pedofilia

Polis Siasat Motif Mungkin Kerana Pedofilia

06/08/2024
0

JOHOR BAHRU : Siasatan kes penculikan kanak-kanak enam tahun di Eco Galleria, Iskandar Puteri dekat sini, pada 20 Julai lalu,...

Polis Buru Lelaki Suspek Pedofilia

24/06/2021
0

PETALING JAYA - Polis memburu lelaki yang didakwa melakukan amang seksual ke atas dua kanak-kanak di Seksyen 19 di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd