• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Batal Kahwin Sebab Bakal Suami Kepala Botak

oleh
01/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Seorang doktor di India nekad mengahwini seorang wanita yang langsung tidak dikenali selepas beliau ditinggalkan pengantin sebenar atas alasan kepalanya botak.

Menurut laporan media tempatan, pakar neurologi Dr. Ravi Kumar terpaksa melalui perjalanan lebih 1,000 kilometer dari sini ke kampung Saugauli di Bihar pada 18 Februari lalu untuk menyambut hari istimewa itu.

Pihak lelaki sudahpun mengaturkan pernikahan itu sejak setahun sebelumnya selepas bapa pengantin wanita asal tersbut menjadi mesra dengan keluarga Kumar dek berkali-kali mereka pernah menumpang di rumahnya.

Majlis perkahwinan berkenaan pada mulanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang malahan meriah dengan kehadiran ramai tetamu, demikian dilaporkan oleh akhbar setempat Dainik Bhaskar semalam.

Suasana girang bahkan mengisi majlis perkahwinan dengan pasangan mempelai terbabit sebenarnya sudah pun selesai menjalani upacara keagamaan dengan menyarungkan kalung bunga di leher pasangan masing-masing.

Namun, hari bersejarah tersebut berubah ‘tragedi’ selepas Kumar menanggalkan hiasan di kepalanya. Pengantin perempuan dikatakan berasa amat terkejut apabila melihat kepala bakal suaminya itu yang hampir licin botak.

Keadaan bertambah buruk apabila wanita tersebut tiba-tiba enggan berkahwin dengan lelaki berkenaan meskipun dipujuk keluarga kedua-dua belah pihak untuk mengubah keputusan itu malah sanggup menjadi janda berhias.

Susulan insiden yang cukup memalukan itu, keluarga pengantin lelaki bertindak nekad meminta bantuan pemimpin kampung kerana Kumar pula malu dan enggan pulang semula ke bandar tanpa ‘isteri’ berada di sisinya.

Mereka kemudian segera mencadangkan Kumar agar mengahwini Neha Kumari, iaitu anak seorang penjual sayur yang miskin. Meskipun kelihatan pelik, insiden aneh sedemikian bukan kali pertama berlaku di India.

Portal berita Gulf News melaporkan bahawa pasangan tersebut akhirnya mengikat tali perkahwinan mereka di Kuil Ramjanki dengan disaksikan oleh keluarga pihak lelaki dua hari selepas majlis yang asal telah dibatalkan.

Gambar yang disebarkan di media sosial menunjukkan pengantin lelaki penuh kemeriahan tetapi isterinya pula kelihatan kurang senang dengan perkahwinan yang serta merta itu, demikian menurut laman Dailymail.

Menurut Gulf News, insiden serupa pernah berlaku di daerah Nawada di Bihar beberapa hari lalu apabila pengantin perempuan enggan berkahwin dengan pasangannya hanya kerana jatuh sakit pada hari pernikahan mereka.

Media tempatan melaporkan bahawa lelaki tersebut dibawa ke sebuah hospital untuk dirawat tetapi pengantin perempuan tetap berkeras membatalkan perkahwinan mereka. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: botakIndia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd