• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Baddrol Gembira Tunai Janji Gegar Stadium Darul Aman

oleh Ahmad Albab
03/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tonggak utama Kedah, Baddrol Bakhtiar gembira apabila dapat mengotakan janjinya untuk menggegarkan Stadium Darul Aman dengan sorakan penyokong selepas mengatasi Negeri Sembilan 1-0 pada aksi pusingan kedua Piala FA malam tadi.

Kemenangan yang penuh dramatik itu menjadikan stadium berkenaan yang dihadiri lebih 20,000 penyokong setia Lang Merah bergema dengan sorakan dan laungan memandangkan kemenangan itu adalah kemenangan pertama Kedah di laman sendiri pada musim ini.

Kemenangan itu amat bermakna kerana Kedah terpaksa berhempas-pulas mempertahankan gawang sendiri sambil cuba membolosi gol lawan sehingga memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan apabila kedua-dua pasukan masih gagal menjaringkan gol selepas tamat 90 minit.

“Kami tetap positif, bahawa kami nekad akan menjaringkan gol dan kami hanya perlu kesabaran untuk bawa perlawanan ini ke masa tambahan dan akhirnya berkat kesabaran kami terhasil dengan satu jaringan,” katanya kepada pemberita di sini selepas perlawanan itu.

Pemain berusia 30 tahun itu berkata beliau amat berpuas hati dengan corak permainan yang dipamerkan rakan sepasukannya malah turut memuji sikap pemain lawan yang bermain dengan penuh displin.

“Kemenangan pada malam ini begitu bermakna dengan kehadiran penyokong dan ia menaikkan lagi semangat kami, bagi saya perlawanan masih panjang dan kami akan melihat ke depan untuk bermain dengan lebih baik lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Baddrol Bakhtiar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Baddrol Idam Lebih Banyak Trofi Bersama Kedah

23/12/2017
0

PETALING JAYA – Kejayaan memenangi tiga trofi pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK2017) membakar semangat pemain tengah Kedah, Baddrol...

Sokongan Padu Pemain ‘Lama’ Buat Skuad Malaysia

30/08/2017
0

MALAM ini bakal berlangsungnya perlawanan bersejarah sepanjang Sukan SEA 2017 iaitu bagi merebut 'ibu segala pingat' dalam acara bola sepak,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd