• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizulhasni Mahu Segera Bangkit Ke Sukan Komanwel

oleh AK-47
05/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Jaguh berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang mahu melupakan kekecewaan dalam Kejohanan Trek Dunia UCI di Apeldoorn, Belanda, Jumaat lalu, untuk segera bangkit mempersiapkan diri ke Sukan Komanwel Gold Coast, Australia, bulan depan.

Masalah kesihatan telah membelenggu pelumba berusia 30 tahun itu ketika beliau berusaha untuk mempertahankan ‘Jersi Pelangi’ selaku juara dunia dalam acara kegemarannya, keirin.

“Hanya lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk melakukan persiapan terakhir untuk menghadapi Sukan Komanwel. Saya harap dalam tempoh itu, masalah jangkitan virus dapat pulih sepenuhnya dan saya dapat terus menjalani latihan,” katanya kepada Bernama sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Menurutnya, minggu pertama sekembali dari Kejohanan Trek Dunia itu adalah untuk proses pemulihan dan latihan akan diadakan pada minggu berikutnya.

“Kami (semua pelumba trek) akan menjalani latihan di Nilai (Velodrom Nasional) sebelum berlepas ke Brisbane, Australia, pada 29 Mac ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni Awang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Berbogel Sebelum Peluk Pramugari Malindo Air

Next Post

SPRM Tahan 2 Pegawai Di RAPID Pengerang

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

Next Post

SPRM Tahan 2 Pegawai Di RAPID Pengerang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd