• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizulhasni Gagal Pertahan Gelaran Juara Dunia

oleh Ahmad Albab
02/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal trek kebangsaan, Azizulhasni Awang gagal mempertahankan gelaran juara dunia dalam acara keirin selepas tersingkir pada pusingan pertama Kejohanan Trek Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2018 di Apleldorn, Belanda, malam tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Velodrom Omnisport, Azizulhasni itu turut tersingkir pada saingan penyisihan (repechage) selepas berada di belakang pelumba Ukraine, Andrii Vynokurov dengan catatan masa 10.287 saat.

Terdahulu, pelumba yang mendapat jolokan ‘The Pocket Rocketman’ itu tewas kepada Fabian Hernando Puertas Zapata dari Colombia dan pelumba New Zealand, Jordan Castle selepas mencatatkan masa 10.598 saat di pusingan pertama saringan keenam.

Selain Azizulhasni, Shah Firdaus Muhammad Shahrom juga gagal ke pusingan kedua selepas turut tersingkir pada saingan penyisihan.

Antara pelumba yang layak ke pusingan kedua saringan pertama adalah Matthew Glaetzer (Australia), Fabian Hemandi Puertas Zapata (Colombia), Juan Peralta Gascon (Sepanyol), Maximilian Levy (Jerman), Yuta Wakimoto (Jepun) dan pelumab tuan rumah, Harrie Lavreysen.

Dalam saringan kedua pula ialah pelumba yang layak ialah Hugo Barrette dari Kanada, Jack Carlin (Great Britian), Joachim Eilers (Jerman), Tomoyuki Kawabata (Jepun), Matthijs Buchli (Belanda) dan Andrii Vynokurov (Ukraine).

Azizulhasni, yang dinobatkan sebagai Alet Terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2017, malam tadi, dijadualkan beraksi dalam acara pecut 200m pada Jumaat. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni Awang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Mahu Jadikan Malaysia Unggul, Rakyat Bahagia

Next Post

Tun M, Pembangkang Guna Taktik Berita Palsu Bagi PRU14

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

Next Post

Tun M, Pembangkang Guna Taktik Berita Palsu Bagi PRU14

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd