• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azeez Beri Guan Eng 4 Hari Minta Maaf Fitnah RM3 Juta

oleh
06/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diberi tempoh empat hari untuk memohon maaf secara terbuka kepada Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Setiausaha Agung DAP itu turut dituntut menarik balik semua kenyataan kenyataan fitnahnya yang mengaitkan Abdul Azeez dengan bayaran perundingan RM3 juta oleh pemaju projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Abdul Azeez yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, itu antara kandungan surat tuntutan yang sudah dihantar ke pejabat Guan Eng serta rumahnya di Jalan Pinhorn di Jelutong, Pulau Pinang, petang semalam.

“Saya beri tempoh empat hari untuk Guan Eng mohon maaf secara terbuka di semua media arus perdana, menarik balik kenyataan fitnah dan berjanji untuk tidak mengulangi dakwaan sama terhadap saya.

“Saya juga menuntut Guan Eng mendedahkan sumber maklumat mengenai surat peguam dihantar Konsortium Zenith pada 23 Februari dan tersebar pada 24 Februari, sedangkan saya hanya terima surat itu pada 28 Februari.

“Jika semua tuntutan ini tidak dipatuhi, saya akan meneruskan tindakan saman fitnah minggu depan. Ini bukan semata-mata kerana cuba main-main dengan Azeez Rahim, tapi kerana Guan Eng turut mengaitkan UMNO dan Tabung Haji dalam isu ini,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Semalam, Guan Eng menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Abdul Azeez yang didakwa menerima bayaran RM3 juta oleh Konsortium Zenith untuk projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Ahad lalu, Abdul Azeez memaklumkan Konsortium Zenith menyerahkan notis menarik balik tuntutan dan meminta maaf secara terbuka kerana mengaitkannya dengan khidmat rundingan pengurusan risiko dan pematuhan peraturan bagi projek terbabit.

Abdul Azeez berkata, Guan Eng kerap menyebutnya sebagai Ahli Parlimen UMNO Baling dan mendakwa UMNO menerima duit itu, serta mempertikai kredibilitinya sebagai Pengerusi Tabung Haji dalam kenyataan fitnahnya yang disiarkan di TV3, semalam.

“Malam tadi, TV3 tunjuk Guan Eng tayang wajah saya seperti saya seorang penjenayah besar, minta SPRM tahan saya, dan tanya adakah alasan mereka tak tahan saya kerana saya Ahli Parlimen UMNO Baling.

“Jangan kaitkan Tabung Haji yang memiliki sembilan juta pendeposit dan UMNO yang memiliki tiga juta ahli Tabung Haji. Mereka semua nak tahu kenapa saya difitnah dan kenapa Tabung Haji dan UMNO dikaitkan.

“Saya terima 800 panggilan sejak semalam hingga pagi tadi selepas dakwaan Guan Eng disiarkan di TV3,” katanya sambil menegaskan, beliau tiada kena mengena dengan Konsortium Zenith. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Abdul Azeez Abdul RahimLim Guan Engterowong dasar laut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bayar Gaji Terus Ke Akaun Pembantu Rumah Asing

Next Post

Video: Hidang Secara Kasar, Pelanggan Mabuk Naik Angin

Related Posts

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

Pendakwaan Bantah Soalan Tiada Kaitan Kes Rasuah Guan Eng

24/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan dikemukakan pasukan pembelaan...

Next Post

Video: Hidang Secara Kasar, Pelanggan Mabuk Naik Angin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd