• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Mulai Berpaling: Pejuang Anti-Bashar Terbiar

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TRAGEDI Ghouta satu pengajaran yang mahal. Apabila pejuang anti-Bashar Assad dibiar terkontang-kanting, ia beri gambaran Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Barat tidak lagi mempedulikan pejuang Syria.

Selepas berjaya hasut rakyat Syria bangkit menentang Bashar pada November 2011, dengan memberikan bantuan senjata dan pengaruh antarabangsa, AS dan Barat kini hanya berdiam diri.

Kubu pejuang Syria di Ghouta dibom hampir setiap hari sejak dua bulan lalu. Tujuh tahun lalu, rakyat Syria terpengaruh dengan revolusi Arab Spring yang meletus secara domino di Algeria, Tunisia, Libya dan Mesir.

Semua Revolusi Cedar tajaan AS mencapai kejayaan di rantau Utara Afrika. Cuma Syria, rakyat gagal menjatuhkan Bashar. Akibatnya, kini enam juta penduduk Syria menjadi pelarian.

Mereka melarikan diri ke Turki, Lubnan, Jordan dan kemudian di Eropah pula, mereka bersepah di Greece, Jerman, Perancis dan Itali. Manakala hampir 600 ribu menjadi korban di Syria sejak bermula Arab Spring.

Reuters melaporkan Tentera Syria menghentikan seketika pengeboman di Douma, kubu terakhir pembangkang di Timur Ghouta. Ini bagi memberikan peluang pejuang anti-Bashar melarikan diri semalam.

Satu gambaran tiada lagi sokongan Barat terhadap nasib pejuang. Ribuan pemberontak dan anggota keluarga mereka meninggalkan Harasta dengan bas selepas berjanji dengan kerajaan untuk menyerahkan bandar itu.

Pemberontak di beberapa bandar kecil berhampiran turut setuju melakukan sama. Walaupun pemerhati hak asasi ‘menjerit’ selama dua bulan mengenai nasib 400 ribu penduduk Ghouta, AS dan Barat memekakkan telinga.

Dalam tempoh itu, 1,600 penduduk awam Ghouta mati dibom. Penduduk dan kumpulan hak asasi menuduh Bashar membunuh secara rawak. Tentera Syria menggunakan bom tong yang digugurkan dari helikopter.

Malah, gas klorin dan bahan bakar turut menjadi mesin pembunuh yang berleluasa. Ingat! AS dan Barat turut berminat dalam memusnahkan Turki dan Malaysia.

Sekiranya rusuhan di Ankara dan Kuala Lumpur berjaya dilakukan, AS dan Barat akhirnya akan membiarkan Turki dan Malaysia musnah seperti Syria.

Mereka telah melakukannya di Afghanistan tiga dekad lalu dan Iraq sudah 15 tahun menderita! – MYNEWSHUB.CC

Tags: Amerika SyarikatBashar AssadSyria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BAGHDAD – Sekurang-kurangnya empat anggota tentera Amerika Syarikat disahkan terbunuh selepas sebuah pesawat pengisian minyak udara KC-135 Stratotanker...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd