• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Riyadh Dakwa Iran Dalang Serangan Peluru Berpandu

oleh Haris
28/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUASANA tegang di rantau Asia Barat yang memungkinkan konflik bersenjata antara Arab Saudi dengan Yaman diburukkan lagi ekoran serangan peluru berpandu mensasarkan ibu negara Arab Saudi baru-baru ini.

Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir menuduh Iran dan agen Hizbullah sebagai bertanggungjawab melancarkan peluru berpandu balistik ke Arab Saudi pada Isnin lalu, dan mengatakan Riyadh berhak bertindak balas terhadap serangan itu.

Bercakap kepada wartawan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Jubeir berkata “serangan yang dilancarkan dari wilayah dikuasai Houthi di Yaman itu oleh agen-agen Iran dan Hizbullah jelas satu pencabulan terhadap Resolusi 2216 PBB.”

Katanya lagi, Arab Saudi “berhak untuk memberikan respons terhadap tindakan Iran ini pada masa dan tempat yang sesuai.”

Serangan peluru berpandu Isnin lalu ialah serangan terbaru yang didakwa Saudi dilakukan oleh kumpulan pemberontak Houthi yang kini menguasai ibu negara Yaman selepas menjatuhkan pemerintah asal yang pro-Arab Saudi.

Jubeir menuduh Tehran mencabul undang-undang peluru berpandu balistik dan Resolusi 2216 PBB, sambil menambah bahawa usaha PBB menghalang penyeludupan peluru berpandu ke Yaman semakin menampakkan hasil.

Pada masa sama, Jubeir mengumumkan yang Saudi akan terus menyokong usaha kemanusiaan di Yaman bersama Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dan akan memberi bantuan bernilai AS$930 bilion.

Kenyataan terbaru Riyadh ini memanaskan lagi suasana tegang serantau melibatkan pertembungan antara Arab Saudi dengan Iran melalui proksi masing-masing di Syria, Lubnan, Iraq, dan Yaman.

Hubungan Iran dengan negara-negara Arab Sunni diketuai Arab Saudi semakin buruk ekoran persaingan geopolitik antara kedua-dua pihak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ketegangan ini diburukkan lagi oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu melaksanakan dasar luar lebih keras terhadap Iran, dan menarik negara-negara Arab diketuai Arab Saudi untuk bersama menjalankan agenda ini.

Riyadh menyokong kuat agenda terhadap Iran, dan telah beberapa kali membuat kenyataan menuduh Iran membiayai keganasan dan campur tangan dalam politik serantau.

Pemecatan Rex Tillerson daripada jawatan setiausaha negara dan pencalonan bekas pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Mike Pompeo ke jawatan itu dan pelantikan John Bolton sebagai Penasihat Keselamatan Nasional oleh Trump meningkatkan jangkaan konflik bakal tercetus di Asia Barat. – Agensi/Mynewshub.cc

Tags: Arab SaudiIranYaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Berjaya Musnahkan Pesawat Radar AS Bernilai Hampir RM3 Bilion

Iran Berjaya Musnahkan Pesawat Radar AS Bernilai Hampir RM3 Bilion

29/03/2026
0

RIYADH: Iran dilaporkan berjaya melancarkan serangan tepat menggunakan peluru berpandu dan dron ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Arab...

100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?

100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?

29/03/2026
0

Oleh Mynewshub Realiti Atau Perang Persepsi? Ketegangan di sempadan selatan Lubnan terus memuncak apabila kumpulan Hezbollah mendakwa telah berjaya memusnahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd