• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Perhebat Pencarian Bot Karam

oleh Ahmad Albab
19/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) memberi tumpuan di kawasan dua batu nautika dari Pulau Payar dekat Langkawi sebagai kawasan pencarian selepas menemui tompokan minyak yang dipercayai milik bot pukat tunda yang dipercayai karam sebelum ini.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim (DM) 1 Langkawi, Komander Nurulazme Zakariah berkata tompokan minyak itu berkemungkinan dari bot pukat tunda yang dinaiki oleh seorang tekong dan dua awak-awak ketika keluar menangkap ikan di perairan berkenaan sejak 7 Mac lalu.

Beliau berkata seramai lapan anggota penyelam dari Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) ditugaskan untuk membuat selaman menggunakan kenderaan bawah air yang dikenalikan secara jarak jauh (ROV).

“KM (Kapal Maritim) Burau bersama pasukan penyelam APMM telah bertolak dari DM 2, Pulau Pinang manakala bot penyelamat 5 dari DM1 ditugaskan dalam operasi mencari dan menyelamat dan telah bertolak dari jeti APMM Bukit Malut, Langkawi pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya seramai 22 anggota dari KM Burau serta enam anggota dari bot penyelamat terlibat dalam operasi itu bagi mengesan bot pukat tunda tersebut.

Pasukan penyelamat sebelum ini menemui pakaian, bungkusan makanan dan jaket jaket keselamatan yang terapung di sekitar pulau itu dan mendapat petunjuk baharu selepas penemuan tompokan minyak oleh KM Siangin pada 17 Mac lalu..

Sebelum ini media melaporkan tekong Harif Fadelah Zainol, 58, dan awak-awak Abd Ghani Jusoh, 56, dan Mohd Azrul Mohd Hassan, 24, dikhuatiri lemas selepas bot pukat tunda mereka dipercayai karam di perairan pulau itu.

APMM menerima laporan tentang kejadian itu pada 8.20 pagi, 15 Mac daripada pemilik bot selepas bot berkenaan tidak kembali ke pangkalan Kuala Kedah pada 12 Mac seperti dijadualkan.- BERNAMA

Tags: APMMbot karam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hafizh Syahrin Raih Dua Mata Di Qatar

Next Post

PRU14: Umum Calon Awal Elak Sabotaj – Ahmad Zahid

Related Posts

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

09/12/2024
0

Johor Bahru : Seorang Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini atas enam...

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

16/07/2023
0

SEMPORNA: Mangsa terakhir tragedi bot karam yang dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Nusa Tengah, Jumaat ditemukan petang ini. Ikuti...

Next Post

PRU14: Umum Calon Awal Elak Sabotaj - Ahmad Zahid

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd