• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akui Putus Sekejap, Sajat-Coach Yin ‘Rujuk’ Semula

oleh AK-47
05/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HUBUNGAN cinta antara pengasas kosmetik dan ahli perniagaan Nur Sajat Kamaruzzaman dan Coach Yin menjadi tanya dalam kalangan netizen kerana dikatakan sudah menuju ke noktahnya.

Bagaimanapun, hubungan itu masih dapat diselamatkan dan mereka hanya ‘putus sekejap’ sahaja sebelum berbaik semula.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Sajat melalui sebuah video berdurasi 1 minit yang dimuat naik olehnya di media sosial.

Menjawab persoalan yang bermain di dalam kepala orang ramai mengenai status hubungannya dengan lelaki itu, Sajat mengakui dia dan Coach Yin sememangnya pernah putus cinta untuk beberapa hari sebelum mereka ambil keputusan untuk ‘rujuk’ semula.

Kata Sajat, “Sebenarnya memang dah putus, tapi seketika sahaja,” sebelum mengalihkan kamera ke arah Coach Yin yang sedang menunggu makanan sampai.

Baca: Dikhabarkan Putus, Sajat-Coach Yin Tiada Lagi Cinta?

Sajat kemudiannya mencuba sedaya upaya untuk menjadi perempuan tulen dengan merayu-rayu kepada lelaki itu dengan bercakap menggunakan loghat Kelantan iaitu negeri asal kekasihnya itu.

“Abe gapo gini, abe? Tok sir buak gini abe (Abang kenapa macam ni, bang? Tak nak buat macam ni bang),” pujuk Sajat dengan suara kepitnya.

“Abe nak make ni, abe nak make (Abang nak makan ni, abang nak makan),” balas Coach Yin pula.

Aksi pegang-memegang biceps Coach Yin yang sederhana besar itu turut berlaku, menggelikan sesiapa yang melihat. Namun, Sajat masih terus dengan pujuk rayunya dan mahu Coach Yin memberi penjelasan kepada orang di luar mengapa mereka bergaduh.

“Kita tak gaduh pun, kita ada lagi dengan abe kita,” seloroh Sajat.

“Bakpo ni abe, kita nak ghoyak gapo ni abe oiii, abe (Apa abang buat ni, saya nak cakap apa ni),” katanya lagi sebelum ketawa terkekek-kekek.

Jadi, sekarang semua sudah tahu bahawa mereka menyambung semula percintaan mereka setelah putus sekejap selama beberapa hari. Al-maklumlah, kedua-duanya kan lelaki dewasa. Buang yang keruh, ambil yang jernih lebih bagus kan! – MYNEWSHUB.CC

Tags: coach yinNur Sajat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sajat Pelik Dikecam Bila Pakai Bikini

28/10/2021
0

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat ‘panas’ apabila telah dikecam orang ramai berhubung ‘posting’...

Akhirnya Sajat Mengaku Transgender

25/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat mengakui mengenai status dirinya seorang transgender. Pengakuan berani dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd