• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktivis PH Seru Muslimah Usah Takut Lucut Hijab

oleh
14/03/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CELUPAR… Ketika Allah SWT memerintahkan wanita Islam menutup aurat sebagaimana ayat 31 surah An-Nur, seorang aktivis Pakatan Harapan (PH) pula cuba berlagak menjadi tuhan baharu!

Maryam Lee dipetik portal tempatan Menara.my dengan angkuhnya dilaporkan sedang menawarkan bantuan sokongan moral kepada gadis-gadis Muslimah yang mahu membuat keputusan untuk tidak lagi memakai tudung.

Menerusi Projek Dialog dilancarkannya pada tahun lalu dengan matlamat bagi memastian wanita Islam melucutkan hijab, beliau turut menyediakan pertolongan jika hasrat golongan itu tersekat akibat ketakutan dan stigma kolot.

Bekas Muslimah bertudung tersebut dikhabarkan mengumumkan seruan biadab itu menerusi laman sosial Twitter miliknya pada 6 Mac lalu setelah kempen londehkan tudung anjuran beliau gagal mendapat sambutan ramai.

Maryam Lee dengan bangga berkata, “Saya menawarkan telinga saya untuk gadis yang dalam proses untuk menjadi mantan orang yang memakai tudung tetapi masih lagi ragu-ragu atau dilemahkan oleh ketakutan dan stigma.

“Hubungilah saya bila-bila masa, kita boleh bincang perjalanan pembebasan kita bersama.” Status kicauan beliau itu bagaimanapun gagal menerima reaksi netizen apabila hanya meraih kurang 20 tanda suka dan 18 komen balas.

Sebelum ini, beliau pernah membayangkan harapannya bahawa suatu hari nanti akan wujudnya suaatu gerakan feminisme secara massa untuk melondehkan amalam hijab kaum Hawa Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Sewaktu memuji artikel tulisan sahabat baiknya, pejuang kempen Undi Rosak itu dengan nada berseloroh berkata, “Fadiah Johari, bukan sahaja saudara dalam iman, juga dia saudara saya dalam sisterhood of unveiling women!

“Saya cuma buat-buat cerita sahaja, haha… Tetapi suatu hari nanti ia mungkin boleh jadi satu gerakan, siapa tahu?” Tulang belakang Projek Dialog itu sendiri telah membuat keputusan untuk tetap menanggalkan tudungnya.

“Ia berlaku ketika berusia 25 tahun setelah memakainya semenjak kecil lagi, dan mendakwa dia pernah menghadapi ancaman fizikal daripada ahli keluarganya sendiri jika didapati dirinya tidak lagi memakai tudung menutup rambut.

“Saya dipaksa memakai hijab di kepala sejak berusia sembilan tahun. Memakainya dan menanggalkannya sepanjang di sekolah menengah tinggi, menjalani hidup dua alam kerana saya tentu bakal hadapi ancaman ahli keluarga.

“Bayangkan sekiranya mereka mendapati saya tidak memakai hijab. Ketika memasuki usia 25 tahun, sebagai seorang yang telah dewasa, saya masih tidak dapat membuat keputusan berkenaan tubuh badan diri saya sendiri.

“Sewaktu menyambut hari jadi saya yang ke-25 tahun, saya berkata ‘f*ck’ it, ‘f*ck’ society. Saya akan menjadi diri saya sendiri dan saya akan berasa lebih gembira,” tegas Maryam Lee yang dipetik oleh portal berkenaan lagi.

Beliau sekarang aktif dalam mempromosikan kisah hidupnya selepas membuka tudung untuk bacaan ramai menerusi laman Twitter beliau, disertakan dengan ayat kata kunci yang berupa tanda pagar #dehijabingjournal.

Perjuangan Maryam Lee ini mendapat sokongan daripada peguam pro-PH, Siti Kasim yang menempelak majoriti umat Islam di Malaysia sebagai pengikut bodoh agama Arab serta berkata: “Saya amat berbangga dengannya.

“Jangan sekali-kali menyerah kepada kepercayaan orang lain sewaktu kamu sendiri tahu apakah kepercayaan kamu. Saya tahu ada ramai lagi Maryam Lee di luar sana. Mereka cuma perlu jadi cukup berani untuk menentang arus.

“Ini termasuk agama Arab yang kini meliputi negara kita,” kata Siti lagi yang terkenal dalam memperjuangan hak golongan murtad selain pengamal Lesbian, Gay, Biseksual, Trangender (LGBT). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: hijabMaryam Lee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yuna Pernah Disuruh Tanggal Tudung

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi popular Yuna mendedahkan dia pernah diminta membuka hijab oleh segelintir pihak ketika di awal kemunculannya dalam...

“Saya Cina Tapi Saya Suka Berhijab”

23/10/2019
0

"SAYA Cina tapi saya suka berhijab." Ciapan pemilik Twitter @jiaqing28512216 tular di media sosial apabila dia mencuri perhatian netizen kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd