• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Khusus Angkasa Lepas Perlu Diwujudkan

oleh AK-47
20/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Malaysia perlu mewujudkan satu akta khusus berkenaan angkasa lepas sebagai persediaan menghadapi industri angkasa lepas global yang semakin pesat membangun selain menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam industri berkenaan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata akta seumpama itu antara lain akan membolehkan penyelarasan hal-hal berkaitan perlesenan dan ruang udara roket dilaksanakan.

“Akta ini juga akan membolehkan kita meratifikasikan beberapa perjanjian angkasa lepas antarabangsa… semuanya ada enam, kita kena buat sekurang-kurangnya lima, dan ia hanya boleh dilaksanakan selepas adanya akta khusus ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya.

Madius menjawab celahan Julian Tan Kok Ping (DAP-Stampin) yang ingin tahu bagaimana syarikat swasta boleh memohon lesen roket untuk menerbangkan roket di dalam negara bagi tujuan percubaan sepertimana dibuat syarikat seperti SpaceX di Amerika Syarikat.

Madius berkata akta berkenaan penting walaupun negara sudah mempunyai Dasar Angkasa Negara 2030, yang antara lain bertujuan memastikan sektor angkasa dapat dimanfaatkan dan menyumbang kepada bidang pertumbuhan ekonomi baharu yang strategik. — BERNAMA

Tags: Datuk Seri Wilfred Madius Tangau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guna Teknologi Cipta Inovasi, Elak Salah Guna Telefon Bimbit

22/03/2018
0

TUARAN - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menasihati rakyat agar menggunakan kemudahan teknologi untuk mencipta...

Pengguna Perlu Yakin Kepada Ciptaan Tempatan

13/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Pengguna Malaysia perlu mempunyai lebih kepercayaan kepada ciptaan dan teknologi tempatan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd