• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Antiberita Tidak Benar Jaga Kepentingan Awam

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Akta Antiberita Tidak Benar 2018 bertujuan menjaga kepentingan awam serta melindungi rakyat daripada menjadi mangsa penyebaran berita palsu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata kementeriannya menyokong penuh kewujudan undang-undang baharu itu memandangkan terdapat banyak berita palsu yang tular di media sosial.

“Di bawah kementerian saya pun ada Akta Komunikasi dan Multimedia. Tetapi dengan adanya undang-undang (Antiberita Tidak Benar) seperti ini, yang mana kita (kementerian) tidak boleh ambil tindakan di bawah akta kita, maka kita boleh gunakan undang-undang yang baharu ini.

“Kalau kita rasa kita tidak terlibat menyebarkan berita-berita palsu, maka tidak ada masalah… kita adakan undang-undang seperti itu untuk kepentingan anak-anak kita, kepentingan semua secara keseluruhannya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kenderaan rasmi Persatuan Seniman Malaysia, di sini, hari ini.

Justeru beliau berkata kewujudan akta baharu itu perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas dan tidak hanya terhad kepada aspek politik semata-mata.

Sementara itu, Salleh berkata akta berkenaan masih memberi kebebasan kepada media namun mereka juga terikat dengan peraturan yang ditetapkan.

Semalam, kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Ia memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya bagi orang yang disabitkan kesalahan. – BERNAMA

Tags: Akta Antiberita Tidak BenarDatuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Negara Lulus Mansuh Akta Antiberita Tidak Benar 2018

19/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Dewan Negara hari ini meluluskan pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 (Akta 803) setelah kali kedua dibawa...

Dewan Negara Tolak Mansuh RUU Antiberita Tidak Benar

12/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Dewan Negara hari ini menolak usul pemansuhan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 selepas dibacakan buat kali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd