• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ajak Shiro Semakin Pulih, Dibenar Pulang Ke Rumah

oleh
16/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan pelawak popular, Ajak Shiro dilaporkan semakin pulih dan mendapat kebenaran daripada pihak hospital untuk pulang serta berehat di rumah sejak semalam.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ajak yang menjelaskan keadaan dirinya kini sudah stabil namun merujuk pendapat doktor yang merawatnya, dia dinasihatkan untuk berpandang dalam pengambilan makanan.

“Doktor memberitahu punca saya tidak sihat Isnin lalu akibat ulser usus dan lesu otot. Buat masa ini saya diberi cuti beberapa hari sebelum kembali bekerja seperti biasa.

“Sebenarnya saya tidak tahu badan saya terlalu penat bekerja. Mungkin sebab tidak cukup tidur,” katanya seperti dipetik dalam laporan sebuah portal online.

Pelawak, Ajak Shiro

Sementara itu ditanya mengenai single pertamanya bertajuk Ging Gang Guli yang sudah mula dimainkan di corong-corong radio, Ajak tidak menolak sebagai penyampai radio Hot FM, lagu tersebut terhad untuk siaran.

Pun begitu, Ajak mengakui bahawa perkara itu sedikitpun tidak merunsingkan dirinya.

“Lagu ini seperti lagu rakyat, lagu komedi untuk kita mendengarnya secara suka-suka. Saya harap dapat diterima baik. Soal dimainkan di radio lain, memang sebagai penyampai kita tahu akan perkara ini.

“Namun saya bukan penyanyi yang mempunyai sasaran pendengar terhadap lagu ini. Apa pun jika ada radio lain yang ingin memainkannya, apa salahnya,” katanya.

Pada Isnin, Ajak dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan akibat tidak cukup rehat.

Perkhabaran tersebut telah dikongsi oleh isteri pelawak itu sendiri iaitu Afifah Amin yang memuat naik sekeping gambar memaparkan Ajak sedang melakukan pemeriksaan Computed Tomography (CT Scan). – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: ajak shiro
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Janna Nick Kini Boleh Tarik Nafas Lega

27/05/2018
0

TERDAHULU kemunculan pertama pelakon, Janna Nick sebagai pengacara baru mengemudi program hiburan Melodi mendapat reaksi negatif daripada netizen. Bagaimanapun setelah...

Dikecam Pengacara ‘Kayu’, Ajak, Janna Tidak Melatah

09/01/2018
0

SELEBRITI, Ajak Shiro dan Janna Nick dilihat tidak melatah mahupun melenting meski dihujani pelbagai kritikan negatif ketika mengacarakan program hiburan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd