• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Nafi Tony Fernandes Letak Jawatan

oleh AK-47
05/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia hari ini menafikan sekeras-kerasnya laporan yang mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes akan meletak jawatan untuk menyertai sektor teknologi kewangan (fintech).

Sehubungan itu, syarikat penerbangan tersebut menerusi satu kenyataan hari ini, menggesa orang ramai dan pihak media untuk mengabaikan paparan skrin berita palsu stesen media CNN bertajuk ‘Tony Fernandes Leaves Air Asia, Jumps On Financial Tech’ (Tony Fernandes Tinggalkan AirAsia, Sertai Teknologi Kewangan) yang tersebar di media sosial.

Menurut AirAsia, Fernandes sebaliknya kekal komited terhadap syarikat penerbangan itu dan akan terus memantau hala tuju strategik dan operasi perniagaan.

Sementara itu, Fernandes turut mengulas penyebaran berita palsu itu menerusi catatan Twitter terbaharunya.

“Sudah banyak kali saya menjadi bahan penipuan ini. Namun, inilah laporan palsu yang terbaik. Realitinya adalah masih terlalu jauh lagi sebelum saya dapat berundur daripada AirAsia dan AirAsia sendiri banyak melabur dalam FinTech (teknologi kewangan). Ada beberapa aset yang amat bernilai akan dimiliki tidak lama lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: AirAsiaTan Sri Tony Fernandes
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd