• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agropolitan Kelantan Selatan Tingkatkan Pendapatan Rakyat Miskin Tegar

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Projek Agropolitan Kelantan Selatan di Rantau Manis di sini, bukti kejayaan kerajaan persekutuan membebaskan rakyat daripada belenggu kemiskinan tegar terutama di kawasan luar bandar.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pendapatan 600 peserta bersama anggota keluarga mereka yang menyertai projek itu sejak 2009, kini telah meningkat kepada RM1,500 sebulan berbanding RM350 sebulan sebelum itu.

“Projek agropolitan ini berjaya meningkatkan mutu kehidupan para peserta dan keluarga masing-masing melalui pelbagai peluang pekerjaan yang diwujudkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Agropolitan Kelantan Selatan di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Di bawah projek agropolitan ini, golongan miskin tegar tersebut ditempatkan semula di rumah baharu yang dibina oleh ECERDC dan mereka diberikan pekerjaan dalam aktiviti perniagaan tani untuk menambah pendapatan.

Aktiviti ekonomi utama adalah perladangan kelapa sawit di kawasan seluas 2,070 hektar manakala tanaman koko di kawasan 160 hektar sebagai aktiviti ekonomi sekunder.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Indusri, berkata peluang pekerjaan yang diwujudkan di kawasan luar bandar juga dapat mengelakkan penghijrahan terutama golongan muda ke bandar.

Beliau berkata ECERDC juga menyediakan program pembangunan modal insan khususnya kepada anak-anak peserta dan terbukti berjaya melahirkan pelajar cemerlang.

Sementara itu, Tengku Razaleigh mencadangkan projek tersebut diperluaskan di tempat lain dalam usaha membebaskan golongan miskin tegar daripada kesempitan hidup.

Beliau berkata ini kerana projek itu berkesan dalam meningkat pendapatan dan membangunkan modal insan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustapa Keluar UMNO Warnai Politik Kelantan

29/12/2018
0

KOTA BHARU - Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO setelah lebih 40 tahun bersama parti itu adalah antara...

Tok Pa Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

16/11/2018
0

JELI - Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata Pembantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd