• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abby Abadi Pula ‘Mangsa’ Serangan Peminat Fattzura

oleh
13/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KALAU sebelum ini hos terkenal, Sharifah Shahirah (Shiera) menjadi ‘mangsa’ serangan peminat fanatik pasangan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura.

Baca: Shiera Minta Fattah, Fazura Tegur Sikap Peminat

Kali ini, bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi pula menjadi ‘mangsa’ pihak berkenaan selepas berkongsi kenyataan daripada Imam Muda Fakhrul berhubung fenomena Panama Dance yang menjadi ‘kegilaan’ masyarakat hari ini.

Memetik sumber, perkongsian tersebut dikatakan disalah erti oleh seorang peminat Fattah dan Fazura yang mendakwa Abby seolah-olah menyindir pasangan berkenaan.

Hal itu dikongsi oleh Abby sendiri menerusi salah sebuah entri terbaru yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.

Memetik entri berkenaan, individu tersebut dilihat mempertikaikan berhubung perkongsian tersebut dengan menghantar pesanan peribadi (direct message) kepada Abby.

“Maaf, nak tanya sikit, kenapa ya tetiba nak up kan isu poco-poco sebelum ni tak ada pula. Adakah niat nak perli majlis kahwin Fattzura.

“Kalau niat macam tu tak baguslah, selami ni respect dekat awak tapi sekarang tidak sebab cara tu cari kesalahan, saya berada di majlis kahwin tu tak nampak pun mana silapnya.

“Fattzura hanya menari sekadar suka-suka untuk hiburkan tetamu bukan niak nak syirik atau menari Salib,” ujar individu berkenaan.

Susulan perkara itu, Abby mengakui agak terkilan dan pelik dengan dakwaan individu berkenaan selain berharap masyarakat dapat mengambil pedoman daripada hal tersebut.

“Ni apa pula ni? Kawan-kawan tolong sembang (tegur) sekejap dengan yang tak puas hati dengan saya ni, saya sibuk cari rezeki kejap. Asal terasa saja kata saya dengki dekat artis tu, artis ni.

“Saya kongsi di sini supaya orang lain ambil pedoman dan jangan jadi macam ni juga, tak rajin nak layan sebab banyak tempahan di WhatsApp tak terjawab dik,” ujar Abby.

Sehingga kini, perkongsian tersebut dilihat mendapat pelbagai reaksi daripada warga netizen yang mana rata-ratanya memberikan kata-kata semangat kepada Abby untuk terus berdakwah. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Abby Abadifattzura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tak Tahan Nak Buang Air, Ramos Tinggal Padang

Next Post

Abdullah Babu: Cipta Rekod 10 RAMD

Related Posts

Langgar SOP: Norman, Abby Dikompaun RM2,000

27/05/2021
0

SHAH ALAM - Polis mengeluarkan kompaun sebanyak RM2,000 masing-masing terhadap selebriti Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza kerana melanggar prosedur...

Ziarah Raya: Norman, Abby Direkod Keterangan

18/05/2021
0

AMPANG - Polis telah merekod keterangan lima individu termasuk selebriti iaitu Norman Hakim dan Abby Abadi susulan dakwaan melanggar prosedur...

Next Post

Abdullah Babu: Cipta Rekod 10 RAMD

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd