• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Tabiat Baik Untuk Menyimpan Duit

oleh Haris
27/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMUA orang pasti pernah merasai situasi poket kering pada hujung bulan. Nak tunggu gaji, macam lambat lagi. Jadi hendak atau tidak, terpaksalah berlapar untuk seketika.

Sebenarnya, ada banyak cara untuk kita pastikan duit sentiasa cukup di akhir bulan. Tidak dapat dinafikan, disiplin sangat diperlukan bagi memastikan usaha-usaha ini dapat dijayakan.

Sekiranya anda mempunyai keinginan untuk menyimpan amaun yang tinggi, perkara penting yang perlu anda lakukan adalah dengan memulakan dengan kadar yang sedikit sehingga ia menjadi satu tabiat kebiasaan.

Dengan memulakan secara kecil-kecilan, tabiat menyimpan duit ini mampu mendatangkan hasil di kemudian hari sekali gus dapat membantu situasi kewangan anda.

Berikut merupakan tabiat-tabiat kecil yang anda boleh cuba lakukan yang boleh membantu anda menyimpan duit dengan lebih berkesan.

1. Pindah Wang Secara Automatik Ke Akaun Simpanan Peribadi

Ini merupakan cara paling mudah untuk sesiapa menyimpan duit. Mudah sahaja, setiap kali terima gaji, tetapkan akaun bank anda untuk memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun simpanan anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda sedang cuba menyimpan duit untuk membeli sebuah komputer riba baharu berharga RM1,500 misalnya dalam masa enam bulan, anda boleh cuba tetapkan untuk memasukkan RM250 secara automatik setiap bulan.

2. Rancang Pembelian Anda

Tidak dapat dinafikan, kita semua sering membeli barang-barang di kedai runcit berdekatan hanya dengan menngikut gerak hati. Ini menyebabkan sebarang pembelian hanyalah bagi barang-barang yang separuh daripadanya adalah barangan yang tidak diperlukan.

Cara terbaik untuk anda menjimatkan wang sebenarnya adalah dengan merancang pembelian dengan menulis senarai barangan yang diperlukan sebelum anda keluar membeli-belah.

Dengan adanya senarai barangan ini, anda akan lebih fokus mendapatkan barangan yang diperlukan sahaja dan mengelakkan anda membeli barangan mengikut gerak hati yang bukan menjadi keperluan.

3. Simpan Duit Mengikut Kategori

Buat kajian mengenai perkara yang paling penting buat anda dan cuba belanjakan wang dalam kategori tersebut. Bagi perkara yang bukan menjadi kepentingan, cuba cari alternatif lain yang membolehkan anda berjimat dan boleh mengurangkan kos perbelanjaan.

Sebagai contoh, jika anda meminati nasi lemak di sebuah restoran mewah yang harganya lebih tinggi, anda sebaliknya boleh cuba mendapatkan nasi lemak yang lebih murah di tepi jalan yang rasanya tidak jauh beza.

4. Bayar Diri Sendiri Dahulu

Bagi memastikan diri anda tidak berbelanja melebihi kemampuan, rangkakan bajet. Namun jika anda mahu simpanan anda meningkat dengan cepat, bayar diri anda dahulu. Ini bermaksud setiap kali gaji, simpan dahulu dalam akaun simpanan, dan cuba hidup dengan baki yang ada.

Ini boleh dilakukan dengan menetapkan gaji anda di akaun bank secara automatik seperti yang diterangkan pada cadangan pertama di atas.

5. Pastikan Wang Yang Disimpan Tidak Digunakan

Ini adalah sangat penting dalam memastikan anda mampu membuat simpanan yang banyak. Pastikan segala wang yang disimpan dalam akaun bank itu tidak disentuh. Jika anda menggunakannya, ia akan meletakkan anda kembali ke situasi permulaan tadi.

Walau apa pun yang terjadi, pastikan simpanan anda ini tidak diganggu dan cuba menggunakan wang yang sememangnya bukan terletak dalam akaun simpanan ini. Disiplin itu penting dalam memastikan simpanan ini berjaya.

6. Simpan Gaji Bonus Anda

Sekiranya anda telah bekerja keras sepanjang tahun, serta turut melakukan kerja sambilan bagi mendapatkan rezeki lebih, sesiapa yang normal pasti ingin memanjakan diri dengan bonus ini. Semua ini sememangnya boleh dilakukan tetapi adalah lebih baik sekiranya anda menyimpan sebahagian wang ini bagi memudahkan anda di masa hadapan.

7. Simpan Semua Baki Duit Syiling Yang Ada

Punyai baki duit syiling di dalam poket? Simpan semuanya di dalam tabung seperti yang dilakukan di masa kanak-kanak anda dan kategorikan ia untuk suatu matlamat. Tanpa anda sedari, simpanan duit syiling anda ini sebenarnya merupakan amaun yang banyak setiap kali anda mengosongkan tabung.

8. Sentiasa Semak Perkembangan Anda

Luangkan masa seketika setiap bulan bagi melihat perkembangan simpanan anda. Melihat hasil kemajuan akan membantu anda berada di landasan yang betul. Selain itu, ia juga akan memberi anda motivasi, dan boleh membantu anda meningkatkan simpanan di masa hadapan. – MentalFloss/MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: simpan duitSimpananTabiat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Awas – LHDN Ambil Tindakan Ke Atas Pihak Simpan Duit Di Luar Negara Tanpa Bayar Cukai

Awas – LHDN Ambil Tindakan Ke Atas Pihak Simpan Duit Di Luar Negara Tanpa Bayar Cukai

15/02/2024
0

KUALA LUMPUR - Mana-mana individu tempatan yang menyimpan wang di luar negara tanpa membayar cukai yang sepatutnya atau membuat laporan...

LKIM Tiada Lagi Simpanan Ikan Sejuk Beku

28/05/2022
0

Taiping : Tiada simpanan ikan sejuk beku di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi menampung masalah kekurangan dan kenaikan harga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd