• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

761 Projek Ditangguh Kelulusan Bekalan Air Di Selangor

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 761 projek baharu di Selangor masih ditangguhkan kelulusan bekalan air sehingga Januari lepas melibatkan keperluan bekalan air sebanyak 467 juta liter, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata daripada jumlah ini, sebanyak 40 peratus atau 305 projek adalah berkaitan pembangunan projek perumahan pangsapuri dan teres.

“Memang jelas sekali, bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), mengatakan Selangor menghadapi masalah air kritikal, tetapi Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) tak nak terima kenyataan, malah beliau ego,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Beliau menjawab soalan Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Besar) yang ingin tahu sama ada kementerian menerima rungutan daripada pemaju perumahan yang gagal menyiapkan pembangunan akibat masalah air di Selangor.

Mengulas lanjut, Noh mengakui sememangnya kementerian ada menerima rungutan dan rasa tidak puas hati daripada pemaju kerana terpaksa memohon Lanjutan Masa (EOT) bagi mengelak dikenakan denda lewat serah milikan disebabkan krisis air di negeri berkenaan.

Berikutan krisis air Selangor, Noh berkata ia bukan sahaja melibatkan projek perumahan tetapi pembangunan perbandaran, projek komersil dan perindustrian.

Beliau berkata krisis itu juga akan menyebabkan pihak luar sukar untuk melabur di negeri itu.

Katanya, Selangor yang dahulunya negeri maju kini berada di kedudukan keempat berbanding Johor di kedudukan pertama, diikuti Pulau Pinang dan Sarawak di tempat ketiga.

Noh berkata walaupun terdapat 20 projek di Sarawak, namun nilainya adalah RM10.5 bilion dengan purata setiap projek adalah RM525 juta.

“Di Selangor, walaupun ada 202 projek, tetapi pelaburannya adalah RM5.5 bilion sahaja bermakna purata satu projek adalah RM27.2 juta,” katanya. – BERNAMA

Tags: bekalan airNoh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd