• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Pelajar Pusat Tahfiz Diliwat Penderma

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis menahan seorang lelaki berumur 41 tahun yang didakwa meliwat enam pelajar sebuah pusat tahfiz di sini, sejak awal Disember tahun lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt. Kama Azural Mohamed berkata suspek merupakan sukarelawan di situ dan aktif memberi sumbangan barangan keperluan harian dan pakaian di pusat itu sejak 2015.

Katanya, mangsa berusia dalam lingkungan 14 hingga 17 tahun dan perbuatan terkutuk suspek terbongkar pada Isnin lepas menyebabkan tenaga pengajar di pusat berkenaan membuat laporan polis.

“Laporan mendakwa mangsa mula diliwat pada awal Disember lepas di sekitar kawasan asrama dan kediaman suspek di sebuah taman perumahan di sini.

“Siasatan mendapati suspek yang bekerja sendiri melakukan kesalahan itu sebanyak antara satu hingga lima kali terhadap setiap mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Kama Azural menambah suspek ditangkap pada hari yang sama laporan dibuat dan telah direman bermula semalam sehingga 19 Mac.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: kes liwatPelajar Tahfiz
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

22/10/2025
0

MELAKA: Pekerja kilang dan dua pelajar institusi pengajian tinggi didenda RM12,500 serta penjara 54 bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka,...

Budak 13 Tahun Tak Mengaku Liwat Sepupu Lelaki 6 Tahun

Budak 13 Tahun Tak Mengaku Liwat Sepupu Lelaki 6 Tahun

07/12/2023
0

CHUKAI: Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan meliwat sepupunya ketika dihadapkan ke Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd