• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM25,000 Bantu Persatuan Bekas Staf Felda N.Sembilan

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM25,000 kepada Persatuan Bekas Kakitangan Felda Negeri Sembilan bertujuan bagi meringankan bebanan yang ditanggung anggota persatuan, khususnya bagi yang memerlukan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dalam ucapannya pada Majlis Tautan Kasih persatuan itu di sini, hari ini berkata peruntukan tersebut termasuklah untuk pembelian kerusi roda bagi kegunaan anggota yang kurang upaya dan tidak berkemampuan.

“Peruntukan ini juga diberikan untuk membantu rakan-rakan yang memerlukan selain boleh digunakan untuk menziarah mereka yang sakit,” katanya.

Turut hadir Pengarah Besar Felda Datuk Ab Ghani Mohd Ali, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Datuk Abu Ubaidah Redza dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi Mohd Ghazali Abd Wahid.

Pada majlis itu, Mohamad turut menyampaikan replika cek berjumlah RM10,000 kepada persatuan tersebut yang memiliki keanggotaan seramai 500 orang, sebagai permulaan.

Seramai 28 bekas kakitangan Felda yang berumur 75 tahun dan ke atas, turut menerima sumbangan kewangan dan hamper daripada menteri besar. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gerak Kerja BN ‘Zero Defect’ Rampas Semula Selangor

Next Post

Yakin Pengundi Muda Sokong BN Demi Masa Depan

Related Posts

Lebih 2,600 Insiden Siber Dilapor

Lebih 2,600 Insiden Siber Dilapor

24/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,674 insiden siber dilaporkan kepada Pusat Kawalan dan Penyelarasan Siber Negara (NC4), NACSA setakat Oktober tahun ini....

Mohamad Puji Parti Kempen Secara Sihat Di Negeri Sembilan

Mohamad Puji Parti Kempen Secara Sihat Di Negeri Sembilan

12/08/2023
0

REMBAU: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan memuji parti yang bertanding sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Next Post

Yakin Pengundi Muda Sokong BN Demi Masa Depan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd