• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

52 Rampasan Senjata Api Di Kelantan 3 Tahun Lepas

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kejayaan polis Kelantan merampas 52 pucuk senjata api sepanjang tiga tahun lepas hasil maklumat dan kerjasama orang ramai, kata Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad.

Din berkata maklumat awal yang diperoleh daripada masyarakat amat diperlukan bagi mencegah jenayah daripada berlaku di peringkat awal.

“Penjenayah daripada golongan masyarakat sendiri jadi untuk menyelesaikan masalah ini, pihak kami memerlukan bantuan orang ramai dalam memberi maklumat dan apa jua bantuan yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-211 Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan 2018 di IPK Kelantan di sini, hari ini.

Katanya justeru itu tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ masih dikekalkan sempena sambutan Hari Polis tahun ini kerana ia membawa makna yang signifikan dalam hubungan polis dan masyarakat khususnya membabitkan usaha mencegah jenayah.

Terdahulu, seramai 50 individu menerima Surat Penghargaan Ketua Polis Kelantan sempena sambutan hari ini melibatkan 15 ketua jabatan, lima penerima Anugerah Integriti, 10 pegawai dan anggota keselamatan sempadan, empat polis bantuan, enam anggota Persatuan Keluarga Polis (Perkep dan 10 orang awam. – BERNAMA

Tags: Kelantansenjata api
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bagan Datuk Bukan Lagi Pekan Koboi

Next Post

JBPM Sasar 75% Pegawai, Anggota Lulus Ujian

Related Posts

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

12/04/2025
3

BACHOK: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyegerakan projek tebatan banjir di Kelantan bagi menyelesaikan masalah banjir yang saban...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

Next Post

JBPM Sasar 75% Pegawai, Anggota Lulus Ujian

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd