• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Benda Paling ‘Best’ Tentang 7-Eleven Jepun!

oleh AK-47
07/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEDAI serbaneka 7-Eleven sememangnya satu jenama yang ikonik di peringkat antarabangsa kerana bukan sahaja ianya ‘sentiasa ada’ dan dibuka 24 jam seminggu, malah sudah jadi satu ikon budaya pop sejak sekian lama.

Meskipun terdapat francais di 18 buah negara di seluruh dunia, namun di Jepun 7-Eleven sudah satu kedai serbaneka yang melengkapi gaya hidup masyarakat di sana.

Budaya kerja di negara matahari terbit itu yang begitu sibuk dan efisien menjadikan kedai serbaneka atau dipanggil konbini di sana, begitu penting dalam kehidupan harian mereka.

Oleh itu, francais 7-Eleven di Jepun adalah yang terbaik di dunia, semua kerana 5 sebab ini!:

1. Khidmat pelanggan yang superb!

Budaya meraikan tetamu yang menjadi tradisi Jepun, oleh itu perkhidmatan pelanggan di 7-Eleven telah disesuaikan mengikut piawaian masyarakat tempatan.

Staf di 7-Eleven sentiasa meletakkan pelanggan sebagai keutamaan mereka dan sedia cuba memenuhi apa sahaja permintaan mereka. Walaupun tidak dinafikan, kekurangan masyarakat di sana bertutur dalam Bahasa Inggeris menjadi sedikit halangan untuk berkomunikasi secara efektif, namun stafnya bersungguh-sungguh membantu anda.

2. Pilihan makanan segar yang ekstensif dan berkualiti.

Jika anda melancong secara bajet, maka 7-Eleven memang ‘penyelamat’!

Ini kerana, kedai serbaneka ini menawarkan pelbagai makanan Jepun yang segar, sedap dan harga berpatutan seperti onigiri, bento dan mi soba atau udon, bermula dengan harga 100¥ (RM3.70) tidak termasuk cukai GST lapan peratus.

Jika tekak anda tidak rasi dengan makanan Jepun, 7-Eleven di sana turut menyediakan makanan fusion Barat dan Asia yang enak seperti spageti telur ikan, sandwich telur dan tuna, salad bersama kepingan ikan salmon segar dan yakisoba (mi goreng Jepun) yang dihidang dengan ikan gril.

Cuma pilih, bayar dan panaskan di kedai dan hidangan anda sedia dimakan!

3. Kepelbagaian jenis air minuman.

Orang Jepun memang amat berbangga dengan perasa tradisi turun-temurun mereka, jadi anda pasti teruja melihat air minuman yang berperisa ‘aneh’ seperti umeboshi (asam boi), bunga sakura, mougicha (teh barli) dan tembikai garam!

Meskipun Jepun amat sinonim dengan teh hijau atau matcha, tetapi mereka juga amat menggemari kopi. Oleh itu, di rangkaian 7-Eleven terdapat banyak jenis dan jenama kopi yang enak dan kurang manis. Malah, kesemua minuman ini dibru menggunakan biji kopi yang berkualiti tinggi seperti Jamaican Blue, Arabica dan Liberica.

4. Kemudahan mesin ATM yang mesra pengguna.

Gaya hidup masyarakat Jepun yang berentak pantas dan sentiasa bergerak menjadikan mereka gemar sesuatu yang memudahkan urusan kehidupan mereka.

Seiring itu, 7-Eleven menawarkan perkhidmatan mesin ATM dan mesin deposit bagi memudahkan pelanggan menguruskan kewangan mereka tanpa perlu ke bank.

Bukan setakat itu, malah ada sesetengah mesin deposit dan ATM yang boleh digunakan untuk membayar bil, memindahkan wang dan membeli tiket kapal terbang atau bas! Hebat kan?

5. Macam-macam snek dan makanan ringan yang pelik-pelik!

Kita semua sudah tahu betapa obsesnya masyaarakat Jepun dengan coklat Kit-Kat. Setiap tahun, ada sahaja perisa yang pelik dan unik dicipta dan mencetuskan ‘kegilaan’.

Inovasi makanan ini tidak tertumpu kepada Kit-Kat yang setakat ini sudah mempunyai 250 jenis perisa di Jepun, malah diaplikasikan juga kepada kerepek dan snek yang lain seperti kek dan roti.

7-Eleven di Jepun tidak pernah mengecewakan. Slogan ‘Sentiasa Bersama Anda’ yang dijamin francais ini turut memberikan pelanggan setianya satu keyakinan bahawa mereka boleh ‘bergantung harap’ kepadanya, pada bila-bila masa tanpa gagal. – MYNEWSHUB.CC

Tags: 7-Elevenjepun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jadi Komposer, Imran Idam Misha Nyanyi Lagunya

Next Post

Bekas Pemandu Treler Dijel Lima Tahun, Denda 10,000

Related Posts

Guru Sambilan Warga Malaysia ‘Kantoi’ Curi Kad Kredit, Puluhan Ribu Wang Tunai Di Jepun

Guru Sambilan Warga Malaysia ‘Kantoi’ Curi Kad Kredit, Puluhan Ribu Wang Tunai Di Jepun

18/02/2025
0

OSAKA: Seorang cikgu sambilan dari Malaysia ditahan kerana mencuri kad kredit dan wang tunai berjumlah puluhan ribu yen ketika berlangsung...

McDonald’s Gantung Operasi 30 Peratus Cawangan Di Jepun

McDonald’s Gantung Operasi 30 Peratus Cawangan Di Jepun

19/07/2024
0

TOKYO: Kira-kira 30 peratus daripada cawangan McDonald's di seluruh Jepun telah menggantung operasi akibat masalah mesin daftar tunai, kata unit...

Next Post

Bekas Pemandu Treler Dijel Lima Tahun, Denda 10,000

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd