• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

47 Sekolah Ada Pelajar STPM Terima RM5,000

oleh AK-47
09/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Kerajaan negeri Terengganu menyumbang RM5,000 masing-masing kepada 47 sekolah yang mempunyai pelajar Tingkatan Enam di negeri ini bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri juga memberi sumbangan sebanyak RM2,000 kepada setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan peruntukan RM4 juta kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bagi tujuan sama.

“Kerajaan negeri membuat pelaburan besar terhadap pendidikan kerana menyedari modal insan adalah sangat penting…kerajaan negeri mahu menyediakan lebih banyak peruntukan bagi memastikan kejayaan lebih besar diraih pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anuerah Kecemerlangan Pelajar STPM negeri Terengganu 2017 dan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Ibrahim Fikri di sini. Turut hadir Pengarah Pendidikan negeri Shafruddin Ali Hussin.

Pada majlis itu, seramai 100 pelajar cemerlang STPM 2017 masing-masing menerima sebuah komputer riba dan tablet serta wang tunai RM500 selain RM1,500 lagi apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat unviersiti.

Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri kecewa dengan pihak yang menyebarkan berita negatif terhadap pemberian bantuan ‘one off’ sebanyak RM1,500 kepada imam dan bilal di negeri ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penutup Ekspo Terengganu 2018 baru-baru ini.

“Memang tidak patut dan tidak wajar perkara itu dilakukan. Dalam soal ini, janganlah dilakukan kerana ia memberi pandangan tidak baik kepada imam dan bilal.

“Saya telah menasihatkan Pejabat Hal Ewah Agama Terngganu (JHEAT) untuk ambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd