• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Peserta Maraton Cedera Dilanggar Kereta Urus Setia

oleh Ahmad Albab
13/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Empat peserta program maraton ‘Run Out Pahang 2018’ di sini semalam, cedera selepas dirempuh sebuah kereta urus setia yang membuat pemantauan peserta acara larian itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata kejadian berlaku pada 8.25 pagi berhampiran Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Kota SAS di sini.

Mereka yang cedera ialah Ahmad Fakhri Sulaiman, 31, yang cedera di kepala dan kaki kiri, Chua Yennie, 21, cedera di muka dan kepala, Haslinda Othman, 41, yang luka di kaki dan tangan kiri serta Nurul Huda Ahmad Razali, 33, yang disyaki patah kaki kanan.

Ahmad Fakhri dan Chua yang menyertai kategori 21 kilometer (km) dan Haslinda peserta 10km, menerima rawatan di Hospital Universiti Islam Antarabangsa (UIA) manakala Nurul Huda dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

“Kemalangan dipercayai berlaku selepas pemandu kereta yang membuat pemantauan peserta dari Bukit Istana ke Kota SAS cuba memperlahankan kenderaan untuk memberi arahan kepada peserta yang keluar dari laluan untuk masuk semula ke laluan ditetapkan.

“Bagaimanapun, pemandu yang berusia 28 tahun itu telah hilang kawalan menyebabkan kereta itu masuk ke laluan larian lalu melanggar peserta yang menuju ke lokasi penamat yang terletak kira-kira 250 meter,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Mohamad Noor menambah kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu terlibat telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi menjalani ujian air kencing.

Beliau juga mengesahkan program larian anjuran sebuah syarikat di Kuala Lumpur yang berpengalaman selama lima tahun dalam program larian itu, mempunyai kelulusan penganjuran Pesuruhjaya Sukan dan Majlis Perbandaran Kuantan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: cederaMaraton
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Mahu Rampas Parlimen Batu Milik PKR

Next Post

Bayi 6 Bulan Maut Depan Ibu Sebelum Lif Rosak

Related Posts

Lantai Bangunan Ranap, 2 Cedera Termasuk Seorang Parah

Lantai Bangunan Ranap, 2 Cedera Termasuk Seorang Parah

07/03/2025
1

KOTA KINABALU: Sebuah restoran dan rumah penginapan ranap selepas lantai tingkat satu di sebuah bangunan kedai di Kompleks Segama, di...

Pengunjung Cedera Ditimpa Gelongsor Kaca Di Taman Tema

Pengunjung Cedera Ditimpa Gelongsor Kaca Di Taman Tema

31/01/2025
0

SHAH ALAM: Polis mengesahkan seorang pengunjung cedera selepas sebuah pelampung permainan gelongsor air kaca di sebuah taman tema di Seksyen...

Next Post

Bayi 6 Bulan Maut Depan Ibu Sebelum Lif Rosak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd