• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Mac: Dunia Islam Hilang Panglima Tentera Terhebat

oleh
05/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADA tanggal 4 Mac 1193M kira-kira 825 tahun lalu, dunia Islam menangisi gugurnya seorang pemerintah dan ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Muslim.

Salahuddin Al Ayubi atau Saladin dalam panggilan orang Barat, lahir pada tahun 1137M di kota Tikrit, berhampiran dengan Sungai Tigris,kira-kira 140 kilometer dari kota Baghdad, di Iraq hari ini.

Salahuddian Al-Ayubi atau nama sebenarnya Salahuddin Yusuf bin Ayyub (1137 -1193 M) telah mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurdi di Mesir dan Syria.

Semasa umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi tentera kepada Sultan Nurudin sebelum menjadi jeneral.

Siapa sangka pahlawan Islam yang berketurunan Kurdis itu telah berhadapan dengan golongan Syiah daripada kerajaan Fatimiyah di Mesir dan berjaya mengalahkan mereka!

Selepas Salahuddin diangkat menjadi pemerintah Mesir pada 1174M, beliau telah membuat pelbagai pembaharuan, antaranya:

  1. Membina sekolah bermazhab Ahli Sunah wal Jamaah,
  2. Membuka pintu gerbang kota itu kepada orang luar,
  3. Membina banyak tempat kemudahan seperti masjid dan hospital, dan
  4. Menetapkan hari Isnin dan Selasa untuk berjumpa rakyat.

Tidak terhenti di Mesir sahaja, malah beliau juga telah melebarkan kekuasaannya ke Syria dan Turki.

Angkatan tentera Islam juga berjaya menakluki tiga kota yang hebat ketika itu iaitu Damsyik (1174M), Aleppo (1178M) dan Mosul (1186M).

Bagaimanapun, Salahauddin tidak pernah menganggap kemenangan beliau hanya sebagai satu kejayaan yang membanggakan semata-mata kerana cita-cita terbesarnya adalah untuk menawan kota Palestin.

“Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih di bawah jajahan musuh?” kata Salahuddin apabila ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa.

Tetapi mengapa Salahuddin sanggup bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa walhal itu bukan pun negeri tanah tumpah kelahirannya?

“Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia,” tegas Salahuddin sebagai memberi gambaran besar betapa pentingnya bumi Palestin.

Beliau bukan sahaja berjaya mengumpulkan tentera-tentera Islam yang berbeza bangsa, suku dan puak, malah mampu menyatukan fahaman yang sering bertelagah iaitu Syiah dan Ahli Sunah wal Jamaah.

Selain itu, beliau turut berjaya berdakwah kepada penduduk Syam (kini Palestin, Lubnan, Syria dan Jordan), Iraq, Yaman, Hijaz (kini Arab Saudi) serta Maghribi untuk berjuang atas nama Islam.

Dikatakan pedang Salahuddin antara yang tertajam di dunia.

Pertempuran pembukaan untuk menakluk Baitulmaqdis telah berlaku semasa Perang Hittin di Galilee pada 4 Julai 1187M.

Akhirnya, tentera Islam di bawah kepimpinan Salahuddin telah mengalahkan tentera Salib dengan 30,000 askar Kristian terbunuh dan 30,000 lagi berjaya ditawan yang secara tidak langsung membuka jalan mudah untuk menawan Palestin semasa Perang Salib II.

Kehebatan Salahuddin menawan Palestin telah menggegarkan dunia dan mengakibatkan pemerintah-pemerintah Kristian di benua Eropah ‘berputih mata’.

Hampir semua raja Dunia Kristian seperti Raja Jerman, Fredrick Barbossa; Raja England, Richard The Lion Heart; Raja Perancis, Philips Augustus; Raja Austria, Leopold, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu bagi menebus maruah atas kekalahan mereka dalam Perang Salib II.

Tentera Salib kemudian telah dipimpin oleh Richard the Lion dari England dengan melawan tentara Islam pimpinan Salahudin dalam Perang Salib III.

Richard the Lion (Richard si Hati Singa) merupakan raja England (1189-199 M) terkenal sebagai seorang pemimpin tentera dan pahlawan yang hebat.

Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun yang membawa kepada persetujuan kedua-dua belah pihak untuk memeterai perjanjian di Ramlah pada 1192 M dengan mengakui Salahuddin adalah penguasa Palestin secara keseluruhannya kecuali bandar Acra yang diletakkan di bawah pemerintahan Kristian.

Bagaimanapun, zaman kegemilangan panglima tentera terhebat dalam sejarah Islam ini sampai ke penghujungnya.

Semasa berumur 55 tahun, Salahuddin telah menghembuskan nafas terakhir pada 4 Mac 1193 di Syria.

Dikatakan semasa pemergiannya, hanya satu dinar dan 47 dirham harta yang dimiliki malah ia tidak cukup untuk menguruskan pengebumiannya.

Peninggalannya bukanlah harta tetapi jasa dan pengorbanannya yang besar terhadap Islam.

Tanah Palestin telah berjaya dirampas dari tentera Salib semasa zaman pemerintahannya. Namun, hari ini tanah yang sama sedang dirobek oleh kezaliman dan kerakusan manusia.

Hari Nakbah 15 Mei 1948, memberitahu bahawa rejim Israel telah menempah tiket awal mendapatkan tanah Palestin dan menubuhkan negara haram Yahudi.

Lebih meruncingkan lagi apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan kerajaannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara baharu Israel pada 6 Disember lalu.

Ibaratnya bumi Palestin yang diperoleh dengan darah oleh tenteram Islam sebelum ini bakal terlepas begitu saja.

Sudah pasti Salahudin dan tentera Islam yang berjuang bersamanya akan kecewa dan terluka apabila mengetahui hal ini. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: PalestinSalahuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

Nethanyahu Menolak Penyelesaian Dua Negara Palestin – Israel

17/11/2025
0

ISU TERKINI: NETANYAHU TEGAS TOLAK PENUBUHAN NEGARA PALESTIN Laporan Khas Mynewshub KUALA LUMPUR, 17 Nov – Perdana Menteri Israel, Benjamin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd