• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2018 Maserati Ghibli Kini Di Pasaran Malaysia

oleh Ahmad Albab
21/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 2018 Maserati Ghibli, kenderaan terlaris jenama itu dalam sejarahnya, kini berada di Malaysia dengan dua model, Ghibli dan Ghibli S, menerusi pengimport dan pengedar rasminya, Naza Italia Sdn Bhd.

Naza Italia berkata kedua-dua model itu didatangkan dengan dua trim berbeza GranLusso dan GranSport.

“Kedua trim ini akan dapat segera dikenali – hasil daripada ciri-ciri eksklusif luaran dan dalamannya yang unik.

“Reka bentuk luaran terdiri daripada, antara lainnya, C-pillar yang menampilkan logo ikonik Saetta, pintu tanpa bingkai, gril yang menyerupai kereta ikonik Maserati era 50-an, dan paip ekzos kromium,” kata Naza Italia dalam satu kenyataan hari ini.

Harga permulaan bagi model standard Ghibli adalah RM618,000 (termasuk cukai dan duti tempatan), manakala kedua-dua varian GrabLusso dan GranSport berharga RM668,800.

Ghibli S memasuki pasaran Malaysia pada harga permulaan RM718,800 (termasuk cukai dan duti tempatan) bagi model standard dan varian GranLusso dan GranSport berharga RM768,800.

Pengerusi Eksekutif Naza World Group Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin berkata model baharu Ghibli itu menawarkan kelas yang tersendiri dan prestasi berkualiti tinggi serta rupa bentuk yang bergaya dengan pengalaman pemanduan yang selesa.

“Selepas empat tahun kejayaan yang menakjubkan dalam pasaran tempatan dan antarabangsa, bahagian luaran Ghibli telah diberi penampilan baharu untuk memberi penekakan kepada gaya yang elegan dan sporty, teras utama personaliti signatur Maserati,” katanya. – BERNAMA

Tags: Maserati
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Datuk Seri’ DBKL Dijel, Denda Salah Guna Kedudukan

Next Post

Pakatan Harapan Akui Minta Pertolongan Asing

Related Posts

Kereta Mewah Rasmi APEC, Maserati Dilapor Hilang

13/02/2019
0

PORT MORESBY - Jika sebelum ini kerajaan Papua New Guinea dikecam selepas dikatakan berbelanja besar membeli kereta mewah jenis Maserati...

Next Post

Pakatan Harapan Akui Minta Pertolongan Asing

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd